9 Cara Untuk Melupakan Bekas Kekasih

Perit rasanya apabila perhubungan yang dibina, disemai dan dibajai dengan elok, putus di tengah jalan. Kita cuba bina hidup baru tanpanya di sisi, tapi hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Bagaimana nak lupakan bekas kekasih sebenarnya

Bagaimana Hendak Melupakannya

Bagaimana Hendak Melupakannya Kredit : Unplash/Rendiansyah Nugroho

Orang yang kita pernah sayang, temangaduh, bergurau dan bermanja.  Bukanmudah untuk kita melupakan semua lagi-lagi lebih dari 3 tahun menjalinkanhubungan dengannya dan lebih menyedihkan lagi si dia kini  sudah mendapat pengganti yang baru.

Berikutmerupakan  kongsikan 9 cara bagaimanauntuk melupakan kekasih lama.

1. Elakkan Melawat Tempat –tempat Yang Pernah Anda Lawati Ketika Bersamanya

1. Elakkan  Melawat Tempat –tempat Yang Pernah Anda Lawati Ketika Bersamanya Fotokredit : Wanista.com

Semestinya anda mempunyai banyak perkara yang telah anda lakukan dan tempat yang anda lawati ketika bersama dengannya.

Kalau boleh elakkan pergi ke tempat-tempat yang menjadi kebiasaan anda dan si dia kerana pastinya akan mengingat kembali memori indah sewaktu anda bersamanya. Maka lagi susah untuk anda melukannya. 

2. Luangkan Banyak Masa Dengan Keluarga

2. Luangkan Banyak Masa Dengan Keluarga Fotokredit : Lovingcarehealthylife.blogspot.com

Jangan biarkan diri anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Sebaliknya, anda banyakkan luang masa bersama keluarga atau berkhidmat kepada kedua ibu danayah anda jika mereka masih hidup. 

Bawa mak dan ayah anda bercuti atau anda mengadakan hari keluarga bersama keluarga anda, pastinya anda tidak mempunyai masa untuk mengingat si dia.

3. Elakkan Mendengar Lagu Tema Anda Berdua

3. Elakkan Mendengar Lagu Tema Anda Berdua Fotokredit : Goodnet.com

Semestinya, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. 

Jika anda ingin melupakan si diasepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua

4. Buangkan Segala Benda Yang Membuatkan Anda Ingat Pada Si Dia

4. Buangkan Segala Benda Yang Membuatkan Anda Ingat Pada Si Dia Fotokredit : Igp.com

Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buang atau bakar segala hadiah atau pemberian yang boleh mengingatkan kita kepada dia. 

-> 7+ Tanda-Tanda Lelaki Serius Suka Anda Dalam Diam

Kalau sayang, anda boleh berikan kepada orang yang lebih memerlukan. Contohnya, barang seperti jam tangan, baju atau seluar. Daripada biarkan dia di buang ataudibakar, lebih baik anda sedekah kan kepada orang lain

5. Sentiasa Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Sihat

5. Sentiasa Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Sihat Fotokredit : 7-themes.com

Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Mulakan sesuatu hobi yang barudan sihat seperti hiking, berbasikal ataupun jika mempunya duit lebih andaboleh travel. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru sekaligus mengurangkan sedikit ingatan anda kepadanya.

6. Padam Gambar, Nombor Telefon Dan Sebagainya

6. Padam Gambar, Nombor Telefon Dan Sebagainya

Silabuang gambar si dia yang anda di dalam telefon dan laptop anda lebih-lebih lagijika anda gunakan gambar sidia sebagai wallpaper laptop anda.Selain itu, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia. 

-> Dekorasi Pentas Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan

Tidak gunauntuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam telefon dan laptop anda. Buangkan saja. Elakkan berhubung dengan si dia melalui WhatsApps atau mediasosial. Tiada istilah “kita masih boleh berkawan walaupun dah putus”.  Ada tuada, tapi tak semua orang mampu buat sebegitu.

7. Lepak Dengan Rakan Anda

7. Lepak Dengan Rakan Anda Fotokredit : Flickr.com

Lepak dengan rakan-rakan anda sama ada lama ataupun baru berkenalan.  Sertai persatuan atau kelab yang anda minat contohnya seperti kelab motor, kelab kereta atau apa-apa kelab yang anda sukai dan membolehkan anda melupakan si dia. Disitu juga anda boleh dapat kenalanbaru yang sama minat dengan anda.

8. Jangan Buat Kerja Luar Tabie

8. Jangan Buat Kerja Luar Tabie Foto kredit : Ohsempoi.com

Yang ni, jangan pernah buat walaupun sakit manapun hati anda dicurangi. Jangan pergi berjumpa bomoh, santau atau mencederakan dia. Ingat balik, apa yang anda dapat kalau anda  buat begitu kat dia. 

Dan kena ingat, anda ada keluarga. Bagaimana jika orang lain buat pada family anda, apayang anda rasa? Sakit kan? So jangan buat ye!!

9. Dekat Diri Kepada Allah

9. Dekat Diri Kepada Allah Foto kredit : Wow.tribunnews.com

Ini merupakan cara yang paling penting untuk kita melupakan kekasih lama kita. Kita dekatkan diri dengan Sang Pencipta dengan perbanyakkan Solat Taubat, Zikir dan Membaca Al-Quran. Berdoa kepada yang esa supaya kita mudah melukan dia. InsyaAllah hati kita akan tenang danlama kelamaan dia akan lenyap dalam ingatan kita.

Apa yang di kongsikan tidak semestinya mampu untuk menghilangkan perasaan anda kepadanya. Tapi apa yang penting, keazaman anda untuk melupakannya. Jangan pernah menjauhkan diri dari Allah s.w.t serta belajaruntuk membuka pintu hati anda kepada orang lain. Mungkin, dia adalah jodoh yangtelah ditentukan oleh Allah s.w.t. 

* Segala penulisan adalah hakmilik viramon.com sebarang penyalinan semula perlu minta keizinan admin terlebih dahulu.