Cara Solat Jamak Dan Qasar (Taqdim & Takhir) Dengan Betul

Ini adalah cara bagaimani untuk melakukan solat jamak taqdim dan takhir serta qasar dengan betul ketika anda bermusafir

APA MAKSUD JAMAK DAN QASAR?

- Makna Jamak ialah dihimpunkan
- Makna Qasar ialah dipendekkan

Cara solat jamak sering mengelirukan, terutama mereka yang belum betul-betul faham.

Malah, masih ada yang tidak dapat membezakan di antara solat jamak dan solat qasar.

Apakah solat jamak?

Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu ke dalam satu waktu solat. Solat yang boleh dijamakkan ialah Zohor dijamakkan dengan Asar dan Maghrib dijamakkan dengan Isyak.

Solat qasar ialah memendekkan bilangan rakaat dalam solat fardu, tetapi hanya solat fardu empat rakaat boleh diqasarkan, iaitu Zohor, Asar, Isya’ sedangkan Maghrib tidak boleh diqasar dan tetap mesti dilakukan tiga rakaat.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan serentak dalam satu solat yang sama apabila seseorang bermusafir sejauh dua marhalah atau minimum 89 kilometer.

Seseorang yang sedang bermusafir mempunyai tiga pilihan, iaitu jamak dengan qasar serentak, jamak sahaja tanpa qasar atau qasar sahaja tanpa jamak.

Panduan Dari Pluss

Panduan Dari Pluss

Awal atau akhir waktu?

Persoalan yang kerap ditanya ramai orang ialah adakah boleh pilih untuk jamak pada awal atau akhir waktu?

Kita boleh memilih untuk solat pada waktu awal atau waktu akhir. Dua kaedah ini dinamakan jamak ta’dim (awal) dan jamak ta’khir (akhir).

Jamak ta’dim ialah kita mengerjakan Zohor dijamakkan dengan Asar pada waktu Zohor, iaitu memulakan dengan solat Zohor kemudian Asar.

Maghrib dijamak dengan Isyak dikerjakan pada waktu Maghrib, iaitu memulakan dengan solat Maghrib diiikuti Isyak.

Jamak ta’khir pula ialah Zohor dijamakkan dengan Asar dimulakan dengan solat Asar, manakala Maghrib dijamak dengan Isyak dimulakan dengan solat Isyak.

Kita boleh mengerjakan solat jamak dan qasar secara serentak dalam satu solat yang sama.

JAMAK DAN QASAR (Jamak Takdim)

JAMAK DAN QASAR (Jamak Takdim)

JAMAK DAN QASAR (Jamak Ta’khir)

JAMAK DAN QASAR (Jamak Ta’khir)