DIY BEG: Jadikan Seluar Jean Terpakai Anda Kepada Beg Yang Baru dan Cantik.

Denim atau Jeans mempunyai nilai nostalgia tersendiri. Apatah lagi kebanyakannya seluar berjenama dan tahan lasak. Biasanya denim mampu dipakai bertahun-tahun lamanya.

Semakin lama ia semakin baik dari segi fabrik dan warna. Kalau anda mempunyai seluar jeans yang tidak di pakai lagi atau pun dah tak muat lagi,anda jangan buang. 

Anda boleh gunakannya untuk membuat sendiri beg yang baru dan cantik. 

Di sini di kongsikan langkah-langkah mudah membuat beg dari seluar jeans anda yang lama yang pasti membuatkan anda tersenyum puas hati. 

Pastikan anda mempunyai mesin jahit di rumah bagi memudahkan proses membuat beg ini. Marikita lihat langkah-langkahnya.

Langkah 1:

Langkah 1:

1.     Potong seluar jeansanda  seperti gambar diatas.

2.      Pastikan bahagian zip seluar berada sisi.

3.      Tanda bentuk segi empat dari bahagian pinggangseperti gambar dan ia akan membentuk serong sedikit. 

Langkah 2:

Langkah 2:

1.     Potong bahagian segiempat tadi dan menjadi 2 bahagian.

Langkah 3

Langkah 3

1.     Terbalikan kedua-duabahagian luar ke dalam, dan bahagian dalam di luar.

2.     Cantumkan kedua-duabahagian dalam . Boleh lekatkan dengan jarum peniti dulu sebelum dijahit mesin.Pastikan kedua2 bahagian tu di cantumkan sama rata, maksudnya sama paras.

3.     Mula menjahit denganbahagian yang tebal iaitu pinggang dan kebawah .

Langkah 4

Langkah 4

1.     Untuk membuat bahagian pemegang nya, gunakan lebihan seluar yang tidak digunakan. Panjang pemengang bergantung kepada kesesuaian anda.

2.     Potong bahagian yang di tunjukananak panah  seperti gambar diatas. Ambil kedua-dua belah bahagian.

3.     Cantumkan bahagian yang dipotong dan jahit.

Langkah 4

Langkah 4

1.     Akhir sekali, satukan bahagian pemengang dengan beg dan jahitkan.

2.     Siap!!

Saizbeg bergantung kepada saiz seluar jeans anda. Jika anda gunakan seluar jeans kanak-kanak, makanya beg yang anda boleh dapat adalah beg duit syiling.Kalau anda gunakan saiz dewasa, anda boleh gunakan untuk membawa buku dan.

Foto/kredit:sewguide.com