12 Idea Kreatif Untuk Ibu Bapa

Idea untuk ibu bapa untuk menguruskan anak-anak dengan bijak

1. Kertas menconteng

Kertas menconteng

Anak suka menconteng pada dinding? Jangan halang kreativiti anak-anak anda.

Apa kata anda buat kanvas pada dinding sebegini. Dah siap conteng, boleh ganti dengan yang baru. Anda boleh dapatkan kertas gulungan ini disini atau belikan sahaja kertas hitam boleh lekat pada dinding ini.

2. Bekas warna air

Bekas warna air

Dengan menggunakan bekas cawan sebegini, warna air tidak akan mudah tumpah atau terpercik pada meja dan lantai.

3. Gam pada tapak kasut untuk elak anak tergelincir

Gam pada tapak kasut untuk elak anak tergelincir

Dengan menggunakan pistol gam, letakkan gam pada tapak kasut dan keringkan. Ia boleh mengelakkan anak anda tergelincir semasa memakainya.

4. Katil bayi sebagai meja

Katil bayi sebagai meja

Apabila anak anda meningkat dewasa, katil bayi sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa kata anda naik taraf kepada meja yang membolehkan anak-anak anda mengasah bakat seni mereka.

5. Buaian DIY

Buaian DIY

Salah satu cara mengembirakan anak anda adalah dengan membuat buaian sebegini.  Mudah sahaja, boleh guna tuala ataupun selimut dan ikatkan pada meja.

6. Pengunci Almari

Pengunci Almari

Cara paling mudah untuk mengelakkan anak anda membuka almari adalah dengan mengikat tombolnya atau anda boleh beli kunci keselamatan almari untuk bayi disini.

7. Menyimpan kereta mainan dengan teratur

Menyimpan kereta mainan dengan teratur

Salah satu cara untuk mengajar anak-anak anda menyimpan kereta mainan mereka adalah dengan menyediakan tempat letak kereta tetapi dengan cara yang kreatif. Guna gulungan tisu tandas pun boleh.

8. Lampu tidur

Lampu tidur

Jika anak anda susah untuk tidur, anda boleh menghiasi bilik tidur mereka dengan lampu tidur yang menarik.

9. Cara untuk elak aiskrim meleleh

Cara untuk elak aiskrim meleleh

Anak selalu comot bila makan aiskrim? Anda boleh menggunakan liner cup kek untuk mengelakkan aiskrim meleleh. 

10. Cara untuk membuat aiskrim sendiri

Cara untuk membuat aiskrim sendiri

Buat aiskrim sendiri dengan menggunakan menggunakan bekas acuan. Hanya guna air tin dan juga jelly.

11. Membina gelongsor sendiri menggunakan tangga

Membina gelongsor sendiri menggunakan tangga

Membeli gelongsor sendiri mungkin agak mahal. Apa kata guna sahaja kotak dan letak di tangga seperti ini. Kreatif kan?