8+ Idea Menu Rumah Terbuka Unik Yang Boleh Anda Hidangkan

Kebiasaannya kalau pergi ke rumah terbuka (open house), hidangan yang selalu dihidangkan ialah laksa, ketupat, mi sup atau soto. jom tengok beberapa idea lain untuk anda jamu

Dah 3 atau 4 buah rumah terbuka kita pergi sempena menyambut Syawal, semua masak menu yang sama. Tuan rumah pun dah tak ada idea juadah unik apa yang boleh dimasak untuk dihidangkan kepada para tetamu. 

Jika anda mahukan juadah rumah terbuka and lain dari yang lain, jom kita cuba 9 jenis idea menu menarik ini.

1. Nasi Ambeng

1. Nasi Ambeng Fotokredit: forum.lowyat.net

Nasi Ambeng merupakan hidangan dari Masyarakat Jawa yang merupakan nasi putih yang diletakkan di atas tampah dandiberi lauk pauk di sekelilingnya. 

Lauk pauk terdiri daripada perkedel, ikan masin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus,  urap, bihun goreng,tempe goreng dan opor ayam yang jarang didapati ketika musim perayaan. 

Jika anda menyediakan hidangan ini, pasti menjadikan hidangan di rumah anda lain dari yang lain.

2. Laksa Johor

2. Laksa Johor Fotokredit: wendyinkkblogspot.com

Kebiasaanya kita akan nampak tuan rumah akan buat laksa utara? Kalau pergi pasar malam pun orang akan jumpa laksa biasa. Jadi apa kata untuk open house kali ini, anda masak pula laksa johor

Berbeza dengan laksa utara, laksa johor menggunakan rempah kari, santan dan kerisik sebagai bahan utama serta dimakan bersama spaghetti

Selain  sambal belacan, laksa johor  lebih enak dinikmati bersama dengan hidangansampingan seperti daun kesum, daun selasih, bawang, tauge dan limau kasturi. 

Pastinya tetamu yang hadir ke rumah akan menyukai juadah unik yang anda sediakan ini.

3. Nasi Lemak

3. Nasi Lemak Fotokredit: my.asiatatler.com

Semestinya anda selalu makan nasi lemak sewaktu breakfast, tapi jarang tuan rumah menyediakan hidangan ini pada musim perayaan. 

Lagi best, kalau anda mempunyai bajet yang besar, anda boleh hidangkan bersama ikan bakar cicah kicap. Gerenti tetamu anda tambah nasi berkali-kali.

4. Nasi Arab

4. Nasi Arab Fotokredit: youtube.com

Hidangan nasi Arab sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Nasi yang beraroma herba arab dan lauk pauk seperti  ayam dan daging yang lembut dan berperisa pasti membuatkan  tetemu anda tersenyum smpai ke telinga melihat hidangan anda. 

Jadi apa kata anda cuba memasak untuk dijadikan hidangan rumah terbuka anda.

5. Ubi Kayu Rebus

5. Ubi Kayu Rebus Fotokredit: citarasawan.blogspot.com

Nak kelainan sedikit dari masak menu yang sama setiap tahun? Anda boleh try hidangkan kampung iaitu ubi kayu rebus sebagai hidangan minum petang, rasanya orang yang datang ke rumah anda pun akan melompat kegembiraan tengok juadah tersebut. 

Lagi lazat , anda boleh hidangkan bersama sambal goreng ikan bilis atau kelapa bersalut gula. 

6. Miang Kham

6. Miang Kham Fotokredit:citarasawan.com

Sebagai pembuka selera, anda boleh menghidangkan Miang Kham. Makanan yang berasaskan daun kaduk ini sangat sedap dan mudah unutk dihidangkan. 

Pastinya membuat tetamu anda akan teringat-teringatkan hidangan anda yang luar biasa ini.

7. Sup Tulang

7. Sup Tulang Fotokredit: denai.com

Sup tulang antara juadah yang senang didapati di bulan ramadhan dan menjadi menu untuk berbuka, boleh try sebagai juadah open house anda.

Untuk anda yang mempunyai bajet yang lebih besar sempena jamuan hari raya, boleh cuba hidangkan sup tulang ini bersama roti keeping atau pun roti bantal. Mesti sedap!

8. Cucur Udang

8. Cucur Udang Fotokredit: daridapur.com

Nampak macam biasa dah makan, tapi jarang juga di jumpai di rumah-rumah terbuka. Sesesuai dihidangkan sebagai minuman petang selain ubi kayu rebus. Baru unik hidangan open house anda.

9. Kimbap /sushi

9. Kimbap /sushi

Kalau nak lagi unik, apa kata anda hidangan dari korea ini iaitu kimbap atau di Jepun di panggil sushi gulung. 

Berasaskan beras jepun yang digulung bersama bahan-bahan lain seperti telur dadar, sosej, timun atau tuna dan dilapik bersama seaweed mampu membuat hidangan di rumah anda tersangat la unik. 

Selain mudah disediakan, kimbap ni sangat mengenyangkan.

Selamat mencuba semua!Share ya mana tahu kenalan kita tengah pening tak tahu nak sediakan juadah apauntuk dihidangkan semasa open house nanti!