10 Lakaran Jenis Jin Yang Terdapat Di Malaysia

Jika ada yang pernah dibuka hijabnya, beginilah gambaran rupa paras jelmaan jin, namun hanya Allah yang maha pencipta, Nabi & Rasul sahaja pernah melihat wajah sebenar golongan ini - Zulkarnain Hj Idris

1. Hantu Raya

Hantu Raya

Menurut apa yang kami kaji lakaran ini seakan "Hantu Raya" sinonim dalam masyarat terdahulu hantu raya digunakan untuk membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat yang tenaganya bersamaan dengan 5 orang manusia.

2. Hantu Raya 2.0

Hantu Raya 2.0

Tidak dapat dipastikan ni hantu dari golongan mana, tapi mukanya seiras gambaran hantu raya diatas.

3. Hantu Tindih

Hantu Tindih

Melihat dari perbualan yang dinyatakan oleh mereka yang pernah terlihat jin jenis ini ianya datang pada malam sewaktu anda hendak tidur, ada yang pernah menyatakan lakaran jenis ini pernah menindih mereka sewaktu tidur.

4. Hantu Jalanan

Hantu Jalanan

Berupa parasa agak kehitaman di wajah serta berambut panjang, jenis ini selalu kelihatan bertenggek di tepi jalan, bukit, tidak dapat dipastikan juga ianya bersala dari ketegori apa.

5. Jin Muka Retak

Jin Muka Retak

Wajah muka seperti keretakan ditambah pula dengan ramabut seakan rockers, jenis jin ini antara paling "Scary", ada yang mengatakan badanya seakan manusia dan kulit di mukanya itu dibuang isi kemerah-merahan.

6. Jin Pakai Toncet

Jin Pakai Toncet

Jin ini rupa parasnya seperti manusia, bertoncet dan bersubang. Tidak dapat dijelaskan secara terperinci tentang sifatnya.

7. Jin Nenek

Jin Nenek

Rupa paras seakan "nenek kebayan" yang agak tua, ada yang mengatakan ini merupakan jin "ummu sibyan" dari jenis jin yang suka ganggu baby, wallahualam.

8. Hantu Raya Full Body

Hantu Raya Full Body

Jenis tegap dan berbulu dari muka hinggalah ke seuluruh tubuhnya seakan bigfoot, ada yang mengatakan ianya sebagai "saka pendamping".

9. Nenek Kebayan 2.0

Nenek Kebayan 2.0

Ada yang mengatakan ianya berwajah agak tuan serta matanya besar hitam berkilat

10. Jin Rambut Panjang Mengurai

Jin Rambut Panjang Mengurai

Rupa paras agak hodoh tetapi rambutnya agak terurus, apa kelebihan dan sifatnya tidak kita ketahui.

Setiap lakaran yang dipertujunkkan hanyalah sekadar gambaran/jelmaan yang pernah diperlihatkan. Terima kasih juga kepada saudara Zulkarnain Hj Idris kerana sudi berkongsi di laman facebooknya.

Setiap makhluk ghaib itu pasti, sekadar ambil sebagai ilmu sahaja sudah memadai,  jangan terlalu taksub dan mengikut apa yang mereka kehendaki, takut kita kelembah kesyirikkan kepada yang maha pencipta.

Rujukan :

[1] - Zulkarnain Hj Idris

[2] - everything2.com "Hantu"

[3] - Wives and Midwives: Childbirth and Nutrition in Rural Malaysia

[4] - Malay Magic: An Introduction To The Folklore And Popular Religion