15 Kad Perniagaan Unik Yang Mempunyai Fungsi Lain

Biasa kalau dapat kad perniagaan kita akan simpan, tapi yang ini kita boleh guna terus!

1. Landscape Designer

Landscape Designer

Jika kad ini terkena air, tumbuhan kecil akan keluar dari paket ini.

2. Syarikat pengeluar model kapal terbang

Syarikat pengeluar model kapal terbang

Anda boleh jadikan kad tersebut sebagai model kapal terbang.

3. Pendandan rambut & make-up artist

Pendandan rambut & make-up artist

Penyepit pin rambut dilekatkan pada kad membentuk pelbagai jenis gaya rambut. Pin tu pun boleh cabut kalau nak guna.

4. Blog Masakan

Blog Masakan

Jangan terkejut, semua sudu, garfu dan pisau tu semua boleh guna.

5. Headhunter

Headhunter

Tugas headhunter adalah untuk mencari bakat-bakat baru untuk sesebuah syarikat. Bagi yang sedang mencari kerja, apabila dia dapat sahaja kad ini. dia digalakkan untuk memakan kad ini untuk mengelakkan rancangan headhunter diketahui oleh orang lain.

Jangan risau, ia selamat untuk dimakan dan tidak beracun. 

6. Pusat Penjagaan Kesihatan

Pusat Penjagaan Kesihatan

Anda boleh menyemak kadar denyutan nadi anda. Hebat!

7. Jurugambar

Jurugambar

Anda hanya boleh melihat butiran pada kad apabila ia dihalakan kepada cahaya.

8. Studio penjagaan rambut

Studio penjagaan rambut

Jika anda gelongsorkan jari anda pada tepi kad ini, anda akan mendengar muzik.

9. Kafe vegetarian

Kafe vegetarian

Kad perniagaan ini nampak sedap dan boleh dipotong-potong. Tetapi ia tak boleh dimakan tau.

10. Pelukis

Pelukis

Uniknya ia boleh menjadi hiasan kanvas kecil.

11. Pereka 3D

Pereka 3D

Kad ini didatangkan dengan cermin mata 3D di dalamnya.

12. Agensi kewangan

Agensi kewangan

Anda mungkin baca "kami sayang anda" tetapi apabila ia digores rupanya "kami sayang duit anda". Jujur betul syarikat ini, kan?

13. Proof-reader

Proof-reader

Proof-reader mempunyai tugas membetulkan kesalahan tatabahasa dan ejaan sebelum ia boleh diterbitkan.

Kad perniagaan mereka direka dengan sebatang pensil dan pemadam yang sangat panjang.

14. Graphic Designer

Graphic Designer

Kad perniagaan ini memerlukan anda menyelesaikan teka-teki dengn mencari perkataan tersembunyi. Oh kalau tak dapat cari, jangan risau, di belakang kad ada jawapan.

15. Designer

Designer

Paling hebat anda boleh bermain permainan tetris pada kad ini. Ala, permainan klasik yang boleh susun blok tu. Best kan?


sumber