Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (Lokasi Jom Masuk IPT)

Ini adalah jadual/tarikh serta lokasi untuk Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) untuk edisi 2019 anjuran KPM & JPT

Karnival Jom Masuk IPT 2019

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) juga dikenali sebagai karnival Jom Masuk IPT untuk tahun 2019 kini akan berlangsung semula, dimana ianya merupakan edisi ke-15 anjuran untuk tahun ini.

Apa ada di karnival ni ye? 

Ini merupakan program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi, dalam karnival ini anda boleh mendapatkan informasi berkaitan program-program ditawarkan oleh Univesiti Awam (UA), juga mengenai Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.

Di sinilah tempat untuk anda mendapatkan segala maklumat terkini, program apa yang layak dengan akademik anda serta mengenai pembiayaan pelajaran dengan lebih jelas dan terang yang akan diberikan oleh mereka yang bertugas di karnival tersebut.

Kalau nak mohon terus boleh juga tengok di Permohonan UPU Online 2019 ini.

Bagi anda yang nak ke karnival tersebut bolehlah tengok panduan Kalender yang diberikan dibawah ini beserta dengan lokasinya. Terbuka sesiapa sahaja boleh pergi.

Kelender Jom Masuk U

Kelender Jom Masuk U Foto : Kemasukkan BPKT JPT FB

1 - Zon Selatan

Tempat : Padang Kawat UTHM Parit Raja Batu Pahat, Johor

Tarikh : 02-03 Mac 2019

Pukul : 9AM - 5PM

2 - Zon Sabah

Tempat : OCEANUS Waterfront Mall Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh : 09-10 Mac 2019

Pukul : 9AM - 5PM

3 - Zon Utara

Tempat : Padang Kawad USM, Pulau Pinang

Tarikh : 09-10 Mac 2019

Pukul : 9AM - 5PM

4 - Zon Timur

Tempat : AEON Mall Kota Bharu, Kelantan

Tarikh : 16-17 Mac 2019

Pukul : 9AM - 5PM

5 - Zon Sarawak

Tempat : MYDIN Mall Petrajaya Kuching, Sarawak

Tarikh : 23-24 Mac 2019

Pukul : 9AM - 5PM

6 - Zon Sarawak

Tempat : MAEPS Serdang, Selangor

Tarikh : 30-31 Mac 2019

Pukul : 9AM - 5PM

Hebahan kepada semua rakan anda mengenai Program Jom Masuk IPT 2019 di 6 Zon seluruh Malaysia ini, sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Bahagian kemasukan pelajar BPKT di talian 03-8870 8200 atau boleh saja terus ke FB Rasmi Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU