10 Muzium Di Malaysia Yang Anda Patut Pergi

Malaysia merupakan salah satu negara di Asia yang penuh keunikkan budaya dan sejarah yang tersendiri, jadi tidak hairanlah jika ramai pelancong luar yang datang berkunjung ke Malaysia. Disini kami senaraikan 10 pilihan muzim yang menjadi pilihan pelancong

1. Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

via: holidaysinmalaysia.org

Ia menempatkan lebih tujuh ribu artifak dan menjadi perpustakaan buku kesenian Islam, daripada barangan kemas paling kecil di dunia kepada model Masjid Al-Haram berskala terbesar di dunia. Paling sesuai untuk sesiapa yang mahu mengetahui lanjut tentang dunia Islam, sejarahnya walaupun sekadar untuk melihat-lihat.

2. Muzium Pinang Peranakan, Georgetown.

Muzium Pinang Peranakan, Georgetown.

via: wordpress.com

Dibina pada hujung kurun ke-19, rumah agam ini sama seperti rumah orang kaya Baba yang memaparkan kemewahan cara hidup, tradisi dan budayanya dengan lebih 1,000 barangan antik dan collectibles dari era dulu. Ramai pasangan pengantin suka merakam gambar dalam busana pengantin barunya di sini.

3. Muzium Baba & Nyonya, Melaka

Muzium Baba & Nyonya, Melaka

via: venusbuzz.com

 Diiktiraf tapak UNESCO Dunia, muzium ini kombinasi tiga lot teres yang telah dibeli keluarga Chan pada 1861. Empat generasi telah menetap di sini sebelum ia dibuka sebagai muzium pada Mac 1985.

4. Pusat Pelawat dan Kilang Royal Selangor Pewter, Kuala Lumpur

Pusat Pelawat dan Kilang Royal Selangor Pewter, Kuala Lumpur

Ditubuhkan pada 1885, Royal Selangor adalah nama pewter paling terkenal di dunia! Di pusat lawatannya, kamu akan terpaku melihat produk rekaannya yang disimpan sejak dulu dan kaitannya dengan perkembangan sejarah Malaysia.

5. Khoo Kongsi, Georgetown

Khoo Kongsi, Georgetown

via: huislaw.com

Sebuah rumah yang dibina oleh kumpulan Khoo lebih 100 tahun lalu, menjadi simbol kepada tradisi, kebudayaan dan nilai mereka. Ditubuhkan pekerja Hokkien yang datang ke Pulau Pinang mencari rezeki, kamu boleh melihat mural indah dengan ukiran yang menggambarkan kekayaan sejarahnya

6. Petrosains, Kuala Lumpur

Petrosains, Kuala Lumpur

Nak tahu betapa kayanya hasil semula jadi Malaysia, di sinilah tempatnya. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan terdapat juga persembahan sains mini selain aktiviti yang kamu boleh cuba bersama ahli keluarga.

7. Muzium Cina, Kuching

Muzium Cina, Kuching

via: tripadvisor.com

Bekas ibu pejabat Chinese Chamber of Commerce di Sarawak, muzium ini kini menempatkan artifak dan memorabilia masyarakat Cina di negeri ini. Kalau anda ke Kuching, tak sempurnalah kunjungan tanpa ke sana.

8. Muzium Terowong Masa, Cameron Highlands

Muzium Terowong Masa, Cameron Highlands

via: www.cameronhighlandsinfo.com

Terletak di Brinchang, muzium ini di bawah tanah di Ladang Strawberi Kok Lim. Ia sebuah muzium yang menggambarkan warisan dan detik bersejarah Cameron Highlands.

9. Muzium Sarawak, Kuching, Sarawak

Muzium Sarawak, Kuching, Sarawak

Ditubuhkan oleh Charles Brooke, kini ia memiliki koleksi dari sejarah Sarawak. Bukan saja ia percuma dan menarik, tapi kamu boleh melihat sendiri kekayaan hidupan liar negeri ini selain mempelajari tentang tradisi puak yang terdapat di sana.

10. Muzium dan Galeri Kesenian Pulau Pinang, Georgetown

Muzium dan Galeri Kesenian Pulau Pinang, Georgetown

Selain harta karun penting negeri dan kebangsaan, ia menempatkan koleksi Baba Nyonya seperti porselin, perabot, barang kemas dan pakaian lama. Bolehlah kamu mendalami tentang kehidupan dulu kala yang telah menjadikan Pulau Pinang seperti hari ini.

Sumber: Tripadvisor / Majalah Cosmopolitan

Leave a Comment