10 Permainan DIY Yang Menyeronokkan Dan Kreatif

10 idea kreatif anda boleh buat sendiri dan bermain bersama anak-anak dirumah. Yang paling penting, ia tetap menyeronokkan.

1. Baling gelung

Baling gelung

Gunakan span dan batang paip terpakai, untuk membuat gelung pula, anda boleh gunakan surat kabar dan pita pelekat. Cat permainan DIY anda tadi untuk nampak lebih menarik.

2. Dam Gergasi

Dam Gergasi

Untuk membuat dam gergasi ini, Anda boleh gunakan  kain terpakai dan lukis kotak yang diselang seli dengan warna bebeza. 

3. Dadu.

Dadu.

Cari kotak terpakai berbentuk segi 4 sama. Warna dan lukis bulatan seperti dadu

4. Jenga

Jenga

Gunakan lebihan kayu (seperti kayu penampal siling). Warna kan pada bahagian hujung sebagai penanda dengan 4 pilihan warna yang berbeza.

5. Bowling Botol

Bowling Botol

Gunakan botol-botol terpakai, warnakan botol menjadi seperti bowling. Anda juga boleh gunakan bola tenis dalam permainan ini.

6. Tic Tac Toe

Tic Tac Toe

Permainan ringkas tapi boleh menguji ketajaman minda! gunakan batu sebagai alat utama. Warnakan batu dengan 2 corak yang berbeza.

7. Mencari harta karun didalam ais

Mencari harta karun didalam ais

Yang ini si kecil pasti suka. Letak mainan didalam bekas yang dicampur air. Bekukan sehingga menjadi ais.

* gunakan mainan yang diperbuat daripada plastik dan tungkul getah sebagai langkah keselamatan.

8. Dat belon

Dat belon

Gunakan belon sebagai mangsa sasaran dat.

9. Bola dalam bakul

Bola dalam bakul

Yang ini paling mudah dan seronok, Gunakan baldi atau tong cat yang tidak digunakan sebagai bekas penyimpan bola.

10. Baling Tin

Baling Tin

Permainan klasik! gunakan tin tin terpakai dan warnakan dengan warna warna yang menarik.

Baca juga: 5 Helah Licik Untuk Membantu Anak Anda Belajar Perkara Baru