Permohonan UPU Sesi 2019 Online Dibuka Hari Ini

Permohonan UPU Online sesi 2019 kini dibuka untuk semua pemohonan yang ingin memohonan kemasukan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam (ILKA)

Permohonan UPU 2019 Online

Permohonan UPU 2019 Online

PUTRAJAYA: Bagi pelajar dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf  dengannya yang ingin membuat permohonan secara dalam talian (online) untuk kemasukan sesi 2019 ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam (ILKA) boleh dilakukan hari ini  25 Februari 2019.

Menurut Laman web dan sosial media  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pendidikan Tinggi telah memaklumkan, permohonan boleh dibuat melalui laman web iaitu upu.moe.gov.my bermula jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada 02 April 2019.

Pembelian nombor unik ID secara individu boleh dibuat melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM15.60. - Rujukan (Mybsn)

Ini pula Ketegori Kelayakkan minima :

Lepasan SPM/Setaraf

- Untuk SPM anda boleh la melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Sijil, dan Diploma di mana-mana UA, Politeknik, Kolej Komuniti ataupun ILKA mengikut minat dan kelayakkan anda.

Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi/Asasi, Diploma, A-Level

- Untuk lepasan yang dinayatakan diatas ini pula anda boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Awam (UA) mengikut minat dan kelayakkan anda.

Jom Masuk IPT 2019

Jom Masuk IPT 2019

Dimaklumkan juga bagi anda yang nak mendapatkan info berkaitan UPU secara lebih mendalam, anda boleh terus ke karnival Jom Masuk IPT 2019 yang berlangsung di 6 tempat pada bulan mac ini.

Sumber Rujukan :

- Fb BPKP - JPT

- Laman Rasmi UPU

- MyBsn