Tempat Menarik Di Pulau Kukup Pontian Johor & Sejarahnya

Bagi peminat, penggemar dan pencinta alam sekitar, anda harus Pulau Kukup yang terletak di Pontian Johor untuk menerokai panorama yang menghijau dan melihat pelbagai jenis habitat yang unik yang terdapat di sini.

Taman Negara Johor | Pulau Kukup

Taman Negara Johor | Pulau Kukup Foto kredit: thestar.com.my

Kukup mendapat nama daripada perkataan “Telingkup”. Menurut Salleh Md. Don yang merupakan ahli sejarah dikatakan perairan kukup merupakan tempat kegiatan lanun pada zaman kemuncak penjajahan Belanda pada tahun 1818-1824. Setiap kapal dagangang , tongkang dan perahu nelayan yang melalui perairan ini akan di serang, dirampas barang dagangan dan ditelingkupkan oleh lanun menyebabkan golongan pelayar takut untuk melaluinya.

-->Kisah Lagenda Pulau Babi Besar<--

Pulau Kukup merupakan antara salah satu taman negara Johor yang merupakan kawasan paya bakau yang tiada penduduk kedua terbesar di dunia di mana tiga perempat daripada 646 hektar kawasan ini dipenuhi dengan hutan paya bakar. Pulau ini mendapat pengiktirafan sebagai Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa atautapak Ramsar oleh Biro Persidangan Geneva menjadi habitat untuk anak - anak ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lain-lain.

Akar Jengkuk Paling Tinggi Di Pulau Kukup

Akar Jengkuk Paling Tinggi Di Pulau Kukup Foto kredit: sini.com.my

Lokasinya yang strategik di antara Selat Melaka dan Selat Kukup menjadikan pulau ini sebagai penampan angin kencing dari Selat Melaka. 

Terdapat 5 buah sungai yang terdapat di sini. Antaranya ialah:

-Sugai Solok

-SungaiUlar

-Sungai Sedang

-Sungai Tongkang 

-Sungai Jempol.

Lakaran 5 Sungai Pulau Kukup

Lakaran 5 Sungai Pulau Kukup Foto kredit : johornasionalpark.gov.my

Keistimewaan pulau ini ialah menjadi tempat persinggahan bagi spesis burung Residen atau burung hijrah semasa berhijrah dari benua Australia yang panas ke hemisfera utara yang lebih sejuk. Selain itu juga, pulau ini juga kawasan pembiakan 12 spesis fauna dan  76 spesis burung  turut mendapat  pengiktirafan sebagai tapak tarikan biodeversiti RAMSAR.

Spesis-Spesis Burung Di Pulau Kukup

Spesis-Spesis Burung Di Pulau Kukup Foto kredit : johornasionalpark.gov.my

Spesis Burung Residen @ Burung Hijrah

Spesis Burung Residen @ Burung Hijrah Foto kredit : johornasionalpark.gov.my

Antara keunikan yang terdapat di Pulau ini ialah anda boleh mempelajari dan melihat sendiri 27 spesis pokok bakau secara dekat dan andaboleh melawat pokok bakau yang berusia 100 tahun  dimana salah satunya mempunyai ukur lilit (diameter) 60 cm yang terbesar di semenanjung barat yang di kenali sebagai bakau hybrid dimana berlakunya pendebungaan dengan pokok bakau yang lain. 

Laluan Melihat Spesis-Spesis Pokok

Laluan Melihat Spesis-Spesis Pokok Foto kredit : Malaysia.panduanwisata.id

Pokok Bakau Minyak Terbesar Di Semenanjung Malaysia

Pokok Bakau Minyak Terbesar Di Semenanjung Malaysia Foto kredit : facebook Pulau Kukup Nasional Park

Selain melihat pokok bakau, anda juga boleh melihat pelbagai lagihabitat yang hidup disini seperti spesis mamalia, reptilia , burung dansebagainya yang hidup di dalam hutan paya bakau ini.

Hidupan-hidupan Yang Tinggal Di Pulau Ini

Hidupan-hidupan Yang Tinggal Di Pulau Ini Foto kredit: kukuplaut.com

Foto kredit: flickr.com

Foto kredit: tripadvisor.com.ve

Selain daripada itu antara daya tarikan utama jika berkunjung di sini adalah jambatan gantung yang merentangi Sungai Ular dan menara pemerhati yang terletak di Tanjung Balai. 

-->7 Senarai Pulau Yang Terdapat Di Terengganu<--

Dari permandangan  atas, pengunjung dapat melihat suasana di perkampungan nelayan, kelong yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut dan burung-burung berterbangan di kawasan pokok bakau serta Kepulaun Kerimum di Indonesia.

Jambatan Gantung Merentasi Sungai Ular

Jambatan Gantung Merentasi Sungai Ular Foto kredit : uthman1978.wordpress.com

Keindahan Sekitar Pulau Dari Menara Pemerhati

Keindahan Sekitar Pulau Dari Menara Pemerhati Foto kredit : sunnahsakura.com

Untuk kesini, anda boleh menggunakan dua cara iaitu  dengan menaiki bot menyusuri Sungai Ular atauberjalan kaki di pelantar kayu sejauh kira-kira 1.7 km bermula dari pintu masuk hingga pelantar Barongan.

-->Pulau Seram Banyak Anak Patung<--

Boardwalk Ke Jeti Menunggu

Boardwalk Ke Jeti Menunggu Foto kredit : karimama.wordpress.com

Foto kredit: malaysiailuvu.blogspot.com

Jika ke sini, tak sah kalau anda tidak singgah di pekannya kerana lokasi pulau Kukup terletak berhadapan dengan pekannya. Pekan kukup merupakan perkampungan nelayan air masin yang berusia 160 tahun di mana penduduknya kebanyakan merupakan kaum cina. 

Kampung Nelayan Air Masin Kukup

Kampung Nelayan Air Masin Kukup Foto kredit: picswe.com

Uniknya persekitarannya di bina diatas air namun kelihatan sangat moden . Anda boleh menyewa basikal, motor ataupun bot untuk bersiar di sekitar kampung sambil melihat kehidupan seharian penduduk tempatan disitu. Selain itu , anda boleh menikmati makanan laut yang segar jika berkunjung di sini. 

Perkampungan Nelayan Pulau Kukup

Perkampungan Nelayan Pulau Kukup Fotokredit: my.geoview.info

Melawat kesini, menjadi pengalaman baru dalam diri anda, selain daripada menyaksikan sendiri panorama yang menarik , anda juga dapa tmenghilangkan stress yang mungkin dari tempat kerja atau tempat belajar. 

Selain itu anda boleh belajar tentang alam semula jadi iaitu habitat yang hidup dihutan paya bakau. Semestinya anda tidak menyesal jika berkunjung ke sini.

Lokasi : Perbadanan Taman Negara Johor. Lot1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian

 Tel : 07-6969 355.

Faks : 07-6969366.

*Note :

Artikel Ini hanyalah ulasan yang ditulis oleh penulis viramon, ianya hanyalah sebagai panduan pengguna untuk mengetahui serba sedikit berkatian Pulau Kukup, Pontian, Johor ini. Sebarang semula artikel ini hendaklah "dikreditkan" semula kepada artikel ini. Tq.

Rujukan :

1.      FB Ringgit Viral Perak

2.      SinarHarian

3.      Wikipedia

4.      FB Pulau Kukup

5.      Johor National Park