8+ Senarai Makanan Korea Yang Halal Boleh Anda Nikmati

Makanan Korea sudah tidak asing lagi bagi peminat K-Drama dan Korean Variety Show. Pastinya ramai yang ingin mencuba merasai makanan yang menjadi tradisi makanan rakyat Korea tetapi masih lagi tidak mengetahui tentang nama makanan ini.

Makanya, kali ini kami akan kongsikan antara makanan yang kebiasaannya korang jumpa dalam K-Drama ataupun Korean Variety Show lagi-lagi Running Man. L

epas ni, senang dah korang nak order menu dekat restoran korea atau pun semasa bercuti tempat-tempat menarik di Korea. Pastikan makanan serta kedainya HALAL sebelum order ye!

1- Kimchi-jjigae

1- Kimchi-jjigae Foto kredit: koreanbapsang.com

Kimchijjigae atau Spicy Kimchi Stew merupakan menu ruji bagi masyarakat korea.  Diperbuat daripada Kimchi yang telah lama di peram (fermented kimchi), tauhu lembut dan daging. Kebiasaan di makandengan nasi dan  menu tambahan (banchan) yang lain seperti telur gulung korea (gye rang mari), salad timun ( Oi Muchim), salad lobak putih ( Mu Saengchae) dan pelbagai jenis lagi.

2- Bibimbap

2- Bibimbap Foto kredit: koreanbapsang.com

Bibimbap(Mixed rice with meat and assortedvegetables) adalah antara makanan korea paling popular bukan dekat korea aje tapi di seluruh dunia. Kalau  dekat Malaysia, Nasi Lemak, dekat Korea Bibimbap. Gabungan nasi, daging goreng,telur, gochujang dan pelbagai jenis sayur seperti dalam ganbar dekat atas ni. Selalunya, kita akan gaulkan sekali sebelum makan. 

3- Seolleongtang

3- Seolleongtang Foto kredit: en.wikipedia.org

Merupakan makan tempatan penduduk Seoul. Seolleontang (Ox Bone Soup)  atau sup tulang lembu  kebiasan direneh menggunakan bawang putih kisar, cili merah, lada hitam, daun bawang dan menu utama tulang kaki lembu. Tulang kaki lembu akan direbus selama ke 5 hingga 6 jam sehingga air rebusan bertukar menjadi warna putih. Kebiasaannya dimakan dengan nasi putih dan beberapa sidedishes yang lain.

4- Naengmyeon

4- Naengmyeon Foto kredit: en.wikipedia.org

Naengmyung (Cold Noodles) atau Mi Sejuk adalah sajian kegemaran penduduk korea. Keunikan Mi sejuk ini adalah mi buatan tangan yang diperbuat daripada tepung, tepung kanji pelbagai perisa seperti kentang, gandum ,dan keledek. Kebiasaanya dihidangkan dengan sup diperbuat daripada cuka apple dan ketulan ais. Boleh didapati dalam dua perisa iaitu pedas dan original.

5- Jjampong

5- Jjampong Foto kredit: Maagachi.com

Mee Kuah pedas yang dicampur dengan makanan laut seperti kupang, sotong, udang dan kuahnya direneh menggunakan gotghugaru (serbuk cili korea). 

6- Ddukbokki

6- Ddukbokki Foto kredit: koreanbapsang.com

Tteokbukkiatau spicy stir-fried rice cake adal snek popular korea yang diperbuat daripada kek beras, kek ikan,telur dan sos cili yang dimana tahap kepedasan berbeza-beza mengikut permintaan anda. Kebiasaan dimakan sebagai snek petang ataupun snek malam.

7- Kimbap

7- Kimbap Foto kredit: koreanbapsang.com

Kimbap atau nasi gulung adalah sejenis sushi yang berasal dari Jepun. Boleh di nikmati dalam pelbagai jenis mengikut citarasa anda.

8- Jajangmyeon

8- Jajangmyeon Foto kredit: koreanbansang.com

Jajangmyeon atau mee hitam adalah hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Korean. Kuahya diperbuat daripada sos kacang hitam yang digoreng dengan bawang Holland, daging dan ubi kentang.Rasanya yang tidak pedas, bukan saja menjadi kesukaan kanak-kanak malahan juga dewasa.

9- Seaweed Soup

9- Seaweed Soup Foto kredit: steemit.com

Sup rumpai laut merupakan menu wajib pada hari kelahiran di Korea dan sangat sesuai juga untuk ibu yang berpantang. Diperbuat daripada rumpai laut, daging atau ayam (ikut suka), bawang putih, daun bawang .

10- Samgyetang

10- Samgyetang Foto kredit: aromaasian.com

Samgyetang (Ginseng Chicken Soup), menu wajib pada musim panas di Korea. Beras, ginseng, bawang putih dan kurma dimasukkan ke dalam badan ayam yang mentah sebelum direbus. Di kata makanan ini mampu menjaga kesihatan masyarakat korea pada musim panas.

References

1. Wikipedia

2. Koreanbapsang

3. Koreanfoood

5. Rileklah.com