7+ Tanda-Tanda Lelaki Serius Suka Anda Dalam Diam

Kadang-kadang apabila kita mengenali seseorang lelaki itu, kita tidak pasti adakah dia suka berkawan dengan kita ataupun menyimpan perasaan terhadap kita.

Foto Ilustrasi by Pixel/Padli Pradana

Tidak semua lelaki mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya pada kita secara berterus terang kerana di khuatiri cinta mereka bertepuk sebelah tangan, lalu memilih untuk memendamkan perasaan itu sehinggalah orang yang disukai kadang kalanya diambil orang.

 Jadi bagaimana nak tahu yang sidia menyuakai kita?

 Bagi kaum wanita yang peka, mudahnya mengetahui tanda-tanda orang yang menyukanya. Untuk yang kurang peka terhadaphal-hal ini, dikongsikan tanda-tanda lelaki yang suka anda dalam diam.

1. Selalu Memerhatikan Anda/Curi Pandang

1. Selalu Memerhatikan Anda/Curi Pandang Foto Ilustrasi by Tipsciamiu.com

Seseorang yang meminati anda dalam diam, selalu perhatikan anda apabila anda berada berdekatan dengan mereka.Tidak dapat dinafikan lagi. Apabila orang disayangi berdekatan dengan dirinya, hatinya akan berasa senang untuk terus mencuri pandang dan kebiasaannya selalu tersenyum apabila anda berborak dengannya.

2. Meluangkan Masa Dengan Anda

2. Meluangkan Masa Dengan Anda Foto Ilustrasi by Hellokpop.com

Biasanya, kalau seseorang lelaki itu meminati anda, si dia akan cuba sebaik mungkin untuk mencari masa untuk bersama anda. Tidak kira la situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk anda. Paling busukpun, waktu lunch, dia mesti akan mesej anda . Kalau 3 hari berturut-turut dia tidak mesej, makanya anda sangat membosankan

3. Selalu Layan Kita Secara Kasar/Menyakat

3. Selalu Layan Kita Secara Kasar/Menyakat Foto Ilustrasi by Gp.Iofffer.com

Lelaki yang suka anda, selalunya akan layan anda dengan kasar seperti dia membenci anda kerana dengan cara itu sahaja si diaboleh dekat dengan anda. Kadang-kadang si dia suka timbulkan masalah walaupun tanpa sebarang punca hanya untuk melihat anda marah atau anti dengan si dia. Tapi, kalau ada lelaki atau perempuan lain yang buli anda, dia adalah orang pertama yang akan protect anda.

4. Sentiasa Berada Disisi Jika Anda Memerlukan

4. Sentiasa Berada Disisi Jika Anda Memerlukan Foto Ilustrasi by K.Connect.org

Lelaki yang meminati anda dalam diam ini, sanggup buat apa sahaja kalau anda mintak tolong. Dia akan membebel, cakap yangkita susahkan dia. Tapi sebenarnya dalam hati dia, dia suka sebab dia orang pertama yang kita cari. Kadang –kala dia sanggup bagi apa sahaja yang kita mintak, walaupun barang yang kita mintak itu adalah baranh kesayangan dia dantidak pernah orang lain sentuh.

5. Cemburu

5. Cemburu Foto Ilustrasi by Brilio.net

Jika anda berborak atau bergurau senda dengan kawan lelaki anda ataupun kawannya, Si dia akan cuba sedaya upaya jauhkan anda dari mereka kerana cemburu melihat andabermesra dengan lelaki lain.  Andai kata anda terserempak dengan kawan lelakianda semasa keluar bersama si dia, pasti dia akan cuba mengajak anda ke tempat lain atau melekakan anda dengan membelikan barang yang anda minati supaya anda kurang fokus untuk beramah mesra dengan kawan anda.

6. Perangai dia berubah bila bersama anda

6. Perangai dia berubah bila bersama anda Foto Ilustrasi by Funcurve.com

Pernah tak anda berjumpa dengan lelaki yang garang, ego dan control macho. Tapi biladengan anda, dia jadi lembut dan manja. Katakan la kalau dia sedang marah,kalau anda pujuk, mudah jer marah si dia hilang. Ataupun, bila dia dalam keadaan sedih, hanya anda sahaja yang dia mahukan sebagai peneman duka dia.

7. Dia Tahu Segalanya Tentang Kita

7. Dia Tahu Segalanya Tentang Kita Foto Ilustrasi by K.Connect.org

Sidia yang meminati kita dalam diam ni, selalunya akan selidik tentang diri kitadari orang yang dekat dengan kita ataupun kita sendiri. 

Contohnya seperti apayang kita suka, apa yang kita tak suka, tentang adik beradik kita dan sebagainya. Dan yang paling ketara, si dia boleh ingat apa yang kita bagitahu dekat dia walaupun perkara itu telah berlaku 2 tahun yang lepas. Laman sosial anda, semestinya sia dia akan stalk untuk mengetahui status kehidupan anda.

Kesimpulannya apa yang dikongsikan di atas ini hanyalah gambaran asas sama ada si dia suka anda ataupun tidak kerana setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaanya  terhadap anda. Tidak semstinya sama seperti yang diatas. Jika sama, maka terpulanglah pada anda untuk membuat keputusan.