8 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Thailand

Sebagai langkah selamat, lebih baik anda ketahui 8 tips penting sebelum travel ke thailand

1. Jangan Bercakap Pasal Raja Mereka.

 Jangan Bercakap Pasal Raja Mereka.

Di Thailand, raja dipandang sangat tinggi dan rakyat thailand sangat sensitif dengan perkara yang dikira boleh merendahkan martabat raja mereka. Sebagai langkah keselamatan, jangan sesekali cuba berbual apa pun topik yang melibatkan ‘raja’ mereka.

Jangan cuba langkah walaupun duit syiling yang bergolek ataupun memijak duit kertas yang terjatuh. Ini adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati.

2. Jangan Sentuh Kepala

Jangan Sentuh Kepala

Jangan cuba menyentuh kepala sesiapa pun di thailand walaupun kanak-kanak. Di negara ini, kepala dianggap suci dan tidak boleh disentuh. Sila hati-hati walaupun anda tidak sengaja.

3. Jaga Etika Dan Batas Apabila Berada Di Kuil

Jaga Etika Dan Batas Apabila Berada Di Kuil

Ketika melawat ke kuil atau tempat tempat keagamaan yang lain, sila pastikan pakaian anda menutup lutut dan memakai lengan panjang sebagai tanda hormat. Anda juga pasti menghargai jika orang menghormati tradisi dan agama anda sendiri. Memakai seluar panjang dengan lengan panjang sangat disyorkan.

4. Sila Tanggalkan Kasut

Sila Tanggalkan Kasut

Pastikan anda menanggalkan kasut jika berkunjung ke rumah atau tempat tempat keagamaan. Ini juga adalah tanda anda menghormati mereka.

5. Hati-hati Bila Buat Wai

Hati-hati Bila Buat Wai

Wai adalah bahagian yang sangat penting dalam tingkah laku dan adat resam dikalangan masyarakat thai. Ia digunakan sebagai tanda terima kasih, memohon maaf, menyambut seseorang dan banyak lagi sistuasi lain. Warga asing sila elakkan menggunakan wai dengan banyak walaupun anda disambut dengan wai.

Cukup sekadar senyum dan menundukan sedikit kepala. (Wai= simbol yang selalu digunakan sila rujuk gambar diatas)

6. Sami Thai

Sami Thai

Terdapat beberapa peraturan ‘ritual’ sami sami thai ini diantaranya wanita tidak boleh menyentuh sami atau rahib meskipun jubah mereka. Jika keadaan seperti itu berlaku, sami tersebut perlu melakukan ritual pembersihan.

7. Berhenti pada pukul 8am dan 6pm

Berhenti pada pukul 8am dan 6pm

Di bangkok, lagu kebangsaan thailand akan dimainkan dengan kuat setiap jam 8 pagi dan 6 petang. sebagai 1 tanda penghormatan, semua aktiviti mesti dihentikan pada waktu tersebut. Kepada pelancong sila ambil perhatian untuk 2 waktu penting ini sebagai tanda penghormatan.

8. Mesti Sentiasa ‘cool‘

Mesti Sentiasa ‘cool‘

Thailand dikenali dengan ‘The Land Of Smile‘. Rakyat thailand sentiasa ramah dan cuba mengelak konflik sebanyak mungkin. Jika anda menunjukkan tanda tanda marah terutama dikhayalak ramai, ini dianggap prilaku yang sangat buruk! Jadi pastikan anda sentiasa ‘cool‘ dan kawal emosi walaupun berhadapan dengan keadaan yang teruk.