7+ Tips Lelaki Nak Nampak Smart Walaupun Tak Handsome Sangat Dimata Kekasih

Penampilan sangat penting untuk setiap pasangan kekasih apabila ingin keluar bersama. Lelaki yang kacak kalau pakai apapun nampak smart tapi bagaimana pula dengan lelaki yang mempunyai rupa paras biasa nak nampak smart?

Tips Nak Nampak Smart

Tips Nak Nampak Smart Fotokredit: Netzsieger

Meh sini kami tunjukkan caranya.

Berikut dikongsikan tips oleh Nuaim  di dalam laman twitternya cara untuk lelaki nampak smart walaupun anda tidak berapa handsome yang boleh anda ikut untuk kelihatan tampan semasa keluar dating.

Tips untuk kelihatan kemas semasa keluar dating

1 - Pemilihan Baju

1 - Pemilihan Baju Kredit Foto : Newsen.com

Pastikan pakai baju yang ngam-ngam dengan badan. Jangan terlalu kecil sangat dan jangan terlalu mengelebih sangat. Kalau nak pakai kemeja, pakai yang slim fit supaya baju anda kelihatan kemas dan dan tidak nampak rongok sangat.

2 - Rambut

2 - Rambut

Nak pergi date ke na keluar ke tempat-tempat penting ke, pastikan rambut dalam keadaan kemas. Jangan biarkan rambut kering . Pakai wax atau pomade. Baru nampak smart bukan sahaja di mata kekasih anda tapi  orang di sekeliling anda.

3 -  Elakkan muka berminyak

Pastikan muka anda tidak berminyak. Letak bedak sebelum keluar .Kalau anda mempunyai masalah kulit mukaber minyak, bawa je pencuci muka masa dating. Letak dalam handbag kekasih anda.

4 - Pakai perfume

Jika anda mengalami mempunyai bau badan yang agak kuat. Jangan lupa pakai deodorant. Beli perfume yang mahal sedikit kerana baunya tahan lama dan pastikan baunya jangan terlalu keras, kang tak pasal-pasal kekasih anda pengsan.

5 - Jam Tangan

5 - Jam Tangan

Ada perempuan sukakan lelaki yang memakai jam tangan. Tapi pemilihan jam tangan semasa dating juga perlu diambil perhatian. Nak hensem pakai jam besi atau kulit. 

6 - Elakkan Pakai Jersi

Kalau boleh elakkan memakai  jersi jika keluar dating. Serius tak smart. Dinasihatkan memakai baju yang berkolar atau kemeja. Ini membuatkan anda kelihatan kemas dan smart.

7 - Warna

7 - Warna

Kombinasi warna pakaian sangat penting untuk menampakkan kekemasan dalam diri. Jangan pula andapakai baju hijau , seluar pink , kasut biru. Dah macam aiskrim paddlepop.

8 - Kebersihan.

Potong kuku kaki dan tangan jika terlalu panjang dan kotor.Bukan nak interview jer kena kemas dan bersih. Nak dating pun sama. Barulah teman wanita tidak lari.

Itu saja sedikit perkongsian dari admin, nak tambah boleh tambah di ruang komen.