6 Langkah Mudah Cara Pakai Shawl Halfmoon

Fesyen ini digayakan oleh salah seorang selebriti terkenal iaitu Felixia Yap. Tutorial ini sangat ringkas dan akan mengambil masa 5 minit sahaja untuk dipakai.

Jenis tudung yang digayakan oleh model ini lebih kepada tudung jenis halfmoon. Tudung jenis ini adalah berbentuk separa bulat. Tudung ini terdapat pelbagai corak dan pelbagai jenis. Ada yang tudung halfmoon kosong, berlabuci dan halfmoon yang labuh. Jenis kain yang digayakan pula kain chiffon lembut dan tidak panas. 

Walaubagaimanapun kain seperti ini agak jarang dan akan menampak sedikit bentuk leher dan kepala si pemakai. Oleh itu , pemakai haruslah memakai sesuatu di dalam sebelum mengenakan tudung ini seperti memakai inner neck untuk menutup bahagian leher and kepala.

  • Tudung yang dikenakan oleh model , adalah tudung instant jadi model tidak perlu membahagikan bahagian panjang dan pendek. 
  • Bagi yang tidak memiliki tudung seperti ini, anda perlulah membahagikan tudung anda kepada dua bahagian. 
  • Tentukan bahagian panjang dan pendek anda mengikut keselesaan anda sendiri. Kemudian , pinkan kedua-dua bahagian tudung ini di bawah dagu anda. 
  • Untuk tudung jenis instant shawl ini, dua bahagian panjang dan pendek itu telah dijahit dan meninggalkan bahagian yang panjang sahaja untuk digayakan.

  • Bagi yang tidak mempunyai tudung seperti di atas, anda bolehlah mencantumkan dua bahagian panjang dan pendek anda menggunakan jarum peniti.
  • Adalah terpulang kepada anda untuk menjahit atau hanya meletakkan jarum peniti.
  • Ambil hujung bahagian yang panjang tadi.
  • Pegang tudung anda dengan ukuran lebih kurang setengah depa dari hujung tudung anda.

  • Rapatkan hujung tudung anda dengan hujung yang lain.
  • Jadikan ia kelihatan beralun dan ropol-ropol.
  • Untuk menghasilkan efek di atas, anda perlulah melipakan tudung anda secara kecil2 dan rawak supaya alunan nampak lebih natural.

  • Bawa alunan dibuat tadi ke kepala dan pinkan alunan tersebut di kepala.
  • Kedudukan tempat untuk dipinkan itu ada di bahagian kepala tudung yang lebih pendek.
  • Letakkannya di tepi kepala selari dengan mata anda.

  • Kemaskan bahagian bawah tudung dan di belakang tudung.
  • Terpulang kepada anda jika anda mahu meletakkan brooch di tepi bahu kiri dan kanan anda.

Sumber : zolace.com