Samsung mengumumkan Samsung Galaxy Tab A 10.5" dengan skrin paparan 1200p serta Android 8.1 Oreo

Samsung Electronics hari ini melancarkan Samsung Galaxy Tab A 10.5 '', sebuah tablet baru yang boleh menghiburkan anda sekeluarga ketika di rumah.

Samsung Galaxy Tab A

Samsung Galaxy Tab A Android Central

Samsung mengumumkan Samsung Galaxy Tab A 10.5" dengan skrin paparan 1200p serta Android 8.1 Oreo

Samsung telah melancarkan tablet Galaxy Tab S4 pada hari ini yang mempunyai paparan Super AMOLED 10.5 inci (2560x1600) dengan nisbah aspek 16:10. Namun, Samsung juga melancarkan satu lagi tablet baru untuk siri tablet bajet Galaxy Tab A mereka pada hari yang sama, iaitu Galaxy Tab A 10.5"

Jika dibandingkan dengan Galaxy Tab S4, tablet Galaxy Tab A 10.5" mempunyai badan yang lebih tebal, lebih tinggi dan lebih berat, tetapi sedikit sempit walaupun kedua-dua tablet mempunyai saiz paparan 10.5"  yang sama. Paparan 16:10 tablet ini agak bagus untuk resolusi 1200p tetapi malangnya Samsung memilih untuk menggunakan TFT LCD daripada AMOLED seperti Tab S4. Kuasanya agak baik; pemproses Snapdragon 450 dan 3GB RAM akan memastikan tablet ini berfungsi dengan lancar. Semua ini dikuasakan dengan bateri yang berkapasiti 7,300 mAH. 

Android Central

Kamera belakang 8MP tablet ini hanyalah biasa-biasa sahaja dan kamera depan 5MP juga cukup untuk membuat panggilan video. Selain itu, Galaxy Tab A 10.5” mempunyai 4 pembesar suara yang dikuasai Dolby Atmos yang akan memberikan kualiti audio yang memuaskan. Ia juga menggunakan perisian Android 8.1 Oreo tetapi tidak mempunyai sensor cap jari.

Galaxy Tab A 10.5” akan datang dengan warna biru, hitam dan putih. Ia juga akan dijual dengan variasi Wi-Fi dan LTE. Harganya masih belum ditentukan tetapi ia diagak akan dijual lebih murah berbanding Tab S4 yang berharga $650 (RM2652)