Backpack Dengan Fungsi Kerusi

Backpack dengan fungsi 2 dalam 1 ini sangat sesuai untuk anda yang cepat letih.

Yeah! Satu lagi rekaan backpack yang menarik. Backpack  merupakan teman paling rapat dalam pengembaraan, kemana sahaja anda pergi ia tetap dibawa bersama. Menarik tak kalau kami perkenalkan dengan satu rekaan backpack yang extra kasih sayang?

Maksud kami backpack yang bukan sekadar beg sahaja, tetapi boleh dijadikan tempat berehat sementara. Mereka yang banyak berjalan saat berkelana pasti suka dengan rekaan backpack ini.

Backpack Kerusi mudah alih! Backpack ini bukan sekadar beg, tetapi boleh bertukar menjadi kerusi mini yang anda boleh gunakan pada bila-bila masa. Jadi untuk berehat seketika, tiada masalah.

Backpack kerusi ini mampu menampung beban sehingga 100 kilogram. Selain dari itu backpack ini juga kalis air dan tahan lasak. 

Maklumat lanjut: Foldable Chair Backpack