Di Jepun, Mereka Tidur Bersama Udang Besar Ini

Lagi rekaan menarik dan menyeronokkan dari Jepun

Kalau tidur dalam sarang burung ini cukup selesa, mari lihat pula apa yang menariknya dengan udang gergasi ini.

Seperti kebanyakkan produk dari Jepun yang pernah kami siarkan dalam artikel lepas, setakat ini semuanya unik dan menarik. Mungkin itu sebabnya kenapa penduduk di negara Jepun selalu gembira.

Kali ini memperkenalkan pula bentuk bantal yang kelihatan seperti udang gergasi, realistik! Nampak sangat lembut dan selesa dibawa tidur. Kreatif sungguh mereka ini ya!