Pulau Pinang Memperkenalkan Sistem Perkongsian Basikal Setaraf London

Pulau Pinang kini mempunyai stesen basikal yang membolehkan anda meminjam dan memulangkan basikal dengan lebih efisyen.

Dalam usaha menjadikan Pulau Pinang bandar hijau dan mampan (sustainable city), sebanyak RM9.2 juta dibelanjakan kepada Public Bike Share Sdn Bhd untuk merealisasikan sistem perkongsian basikal yangg telah diadaptasikan di London, New York, Taipei dan Melbourne.

Sistem perkongsian basikal ini membolehkan anda meminjam dan memulangkan basikal di stesen basikal yang berdekatan.

Ia adalah langkah pertama bagi evolusi sistem pengangkutan di Pulau Pinang. Secara tidak langsung dapat menyokong industri pelancongan di sana.

Keseluruhan sistem dijangka siap pada tahun 2017.

Kini terdapat lebih 25 stesen basikal sekitar Georgetown, dengan 500 basikal.

Pengguna boleh membayar sewa dengan menggunakan kad kredit, aplikasi mudah alih atau pas prepaid.

Sama-sama kita menyokong sistem sebegini di Malaysia. Jom naik basikal!

+Sumber the malay mail online

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment