Bilik Air Paling Minimalis Ini Menawarkan Permandangan Yang Cukup Nyaman Untuk Anda

Mandi sambil menikmati pemandangan hijau yang cukup indah

Kalau anda rasa bilik air rumah anda dah macam stor semua barang pun ada, ini kami berikan satu contoh bilik air paling minimalis dan sempurna. Bilik air tanpa apa-apa peralatan yang menyemakkan pandangan dan lebih menarik bilik air ini menawarkan permandangan hijau yang cukup cantik.

Mandi sambil menikmati permandangan hijau macam ni boleh berikan mood positif lebih-lebih lagi ketika waktu pagi. Direka oleh Shinichi Ogawa & Associates untuk sebuah rumah di Hyogo, Jepun.