BMW Urban Racer:Kombinasi Motosikal Berkonsepkan ‘Lama Dan Baru’

Apa yang bakal anda lihat jika syarikat pengeluar kereta gergasi BMW mengeluarkan motosikal berkuasa tinggi dalam rekabentuk yang sangat cool ini?

The BMW Urban Racer adalah konsep rekaan motosikal BMW yang direka oleh pereka model 3D London, Jans Slapins. Ini bukannya pengumuman rasmi tetapi ilustrasi semata-mata. Tapi tidak mustahil jika ia betul-betul dikeluarkan.

Ini adalah konsep motosikal berkuasa tinggi yang menggabungkan 2 elemen iaitu lama dan baru diterjamahkan dalam satu rekabentuk motosikal. 1200cc dan 115 hp, ini satu ciri yang cukup hebat ada pada sebuah motosikal.

Jujurnya, rekabentuk motosikal ini sangat cool untuk dilihat apatah lagi untuk cuba uji pandu sendiri.

Leave a Comment