Anda Tidak Perlu Risau Dengan Harga Petrol Jika Menaiki Kenderaan Ini

Kenderaan yang mesra alam, fleksibel dan mampu milik.

Cabriovelo ialah sebuah kenderaan aerodinamik 3 roda  yang menggunakan elektrik dengan seberat 45 kg. Ia didatangkan dengan atap dan panel tepi yang mudah dipasang dan pedal untuk mengayuh. 

Namun berbeza dengan basikal, ia sangat mudah dibawa ketika di kawasan berbukit. Dengan menggunakan bateri lithium 36V 11-Ah, ia mampu bergerak sejauh 100km.  

Cabriovelo telah melancarkan kempennya di Indiegogo bagi mengutip dana membangunkan teknologi  ini. Ia dijangka akan dijual sekitar US$4,367 atau RM17,841.

Jika ia berada di Malaysia, tidak dapat dipastikan adakah pengguna memerlukan lesen untuk membawa kenderaan sebegini dan adakah kenderaan ini juga akan dikenakan cukai jalan.

Apa kata anda?

 

Sumber: Velobenaco, Indiegogo

Lihat bagaimana Cabriovelo beraksi: