8+ Cara Lembutkan Daging Dengan Mudah Dan Berkesan

Memasak daging merupakan salah satu masalah kepada para suri rumah kerana memerlukan masa yang lama untuk memastikan daging yang dimasak lembut dan mudah untuk dikunyah, tak kira bakar, panggang mahupun rebus

Kredit Foto : Anas Syauqi

Beberapa petua hasil perkongsian daripada blog NOTA FADHULLAHSirap Limau dan Tambahan oleh admin sendiri ini boleh diamalkan untuk mendapatkan daging yang lembut dan tertanggal dari tulang. Antara petua dan cara-caranya adalah :

Halia

  Halia

Cara Penggunaannya: Tumbuk halia bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari kita dan masukan ke dalam periuk rebusan daging.

Sudu Besi

Sudu Besi

Cara Pengunaanya:  Masukan sudu besi atau garpu ke dalamperiuk rebusan sehingga daging empuk. Secara saintifik, sudu adalah logam  pengalir haba dengan baik dan tujuan sudu dimasukkan adalah untuk meningkatkan haba dalam periuk sekaligus  mempercepatkan proses melembutkan daging.

Coca-cola

Coca-cola

Cara Pengunaanya:  Rendam daging yang hendak dimasak dalam air Coke selama sejam hingga keluar buih kemudian bilas daging yang telah direndam tadi  dengan air paip untuk menghilangkan bau Coke. Kemudian masak  seperti biasa.

Soda bikarbonat

Soda bikarbonat

 Cara Penggunaanya :Masukkan sedikit soda bikarbonat dalam rebusan daging dan setelah direbus buang air rebusan tersebut sebelum memasak.

Kurma

Kurma

Cara penggunaanya :Masukkan buah kurma dalam masakan daging. Sekilo daging 2 biji kurma. Kalau lebih takut daging menjadi hancur. Tak sampai 30 minit daging akan lembut dan manis dagingnya.

Cuka Makan

Cuka Makan

Cara Penggunaanya :  Rendam daging mentah dengan cuka yang dicampur air kemudian biarkan selama 10 minit lalu cuci hingga bersih baru rebus. Daging jadi lembut dan bau pun tak hanyir.

Gula-gula Hacks

Gula-gula Hacks Foto kredit: Garis Masa

Petua ni, diambil dari perkongsian di page media social, Facebook iaitu Viral Media Johor.  Petua dari seorang sahabat tukang masak mknn siam dari Thailand.

Cara penggunaanya: Letakkan sebiji gula-gula hacks dalam masakan. In sha Allah daging akan lembut. Tidak perlu risau, tidak akan ada rasa gula-gula hacks tu dalam masakkan kita. Selamatmencuba!!

Guna Pressure Cooker

Guna Pressure Cooker

Cara Penggunaanya : ni cara admin buat untuk lembutkan daging dengan cepat, kaedah moden pakai pressure cooker je, nak masak sup, gulai semua boleh daging lembut dan sedap, gambar diaatas contoh pressure cooker yg hot di shoppe dengan harga RM187.99 boleh beli disini