Cara Buat CPR: Semua Orang Patut Tahu

Cara buat CPR, Apa itu CPR? jom kenala serba sedikit secara ringkas berkaitan CPR dan cara untuk melakukannya jika terdapat kecemasan

Apa itu CPR?

CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” ialah sejenis pertolongan cemas dalam bentuk bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan pada dada.

CPR ialah satu bantuan awal bagi membantu mangsa yang terhenti pernafasan. Cara ini akan memberi nafas kepada mangsa untuk memastikan darah dan oksigen masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, terutama otak.

Bantuan CPR perlu bagi membantu mangsa terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Tanpa CPR, peluang mangsa untuk terus hidup mungkin tipis.

Imej: juliensjournal.com

Berikut ialah langkah melaksanakan CPR.

1. Periksa. Periksa keadaan mangsa. Lihat apa tindakbalasnya. Jika tidak ada tindakbalas langsung atau pernafasannya terhenti, hubungi segera mana-mana unit kecemasan berkenaan.

2. Dongak. Jika mangsa masih boleh beri tindakbalas, dongakkan kepala mangsa dengan menolak dagunya ke atas.

3. Bantuan Pernafasan. Keluarkan jika ada benda asing dalam mulut mangsa, kemudian berikan bantuan pernafasan. Caranya buka mulut mangsa dan picit hidungnya. Hembuskan nafas dari mulut anda ke mulut mangsa sehingga tampak ada pergerakan pada dada mangsa.

4. Tekan Dada. Jika mangsa kelihatan tidak bernafas, batuk atau bergerak, tindih tangan kanan anda di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali.

Imej: topmed.co.za

Setiap sesi bantuan pernafasan ialah merangkumi hembusan nafas dua kali disertai tekanan pada dada 15.

Tempat tekan pada dada ialah di antara hujung tulang dada dan buah dada. Mesti tekan secara cepat.

Imej: adam.com

Ulang bantuan pernafasan dan tekanan pada dada sehingga bantuan tiba atau mangsa kelihatan mula beri tindakbalas.

Jika mangsa tampak bernafas, ubah badan mangsa supaya mengiring agar dapat bernafas dengan lebih baik