Cara Membuat Slime Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Gam

Banyak cara untuk membuat slime. Dan, banyak bahan boleh digunakan untuk membuatnya mengikut kemahuan serta pilihan masing-masing.

Imej: sky.com

Slime ialah sejenis bahan mainan yang mudah dilentur dan dibentuk. Biasanya ia dibuat daripada bahan mudah larut dan mudah lembik.

Berikut ialah beberapa cara membuat slime :

Menggunakan syampu dan garam

- Bahannya hanya syampu dan garam. Gunakan garam halus agar mudah bercampur dan sebati.

-  Campurkan empat sudu syampu dan dua sudu garam. Adun hingga sebati dan menjadi sedikit kental atau kenyal.

-   Tambahkan bahan aktif lendir (slime activator) supaya struktur bahan campuran itu menjadi kenyal.a

-   Kemudian, masukkan adunan itu le dalam peti sejuk kira-kira setengah jam.

-   Setelah itu, penyediaan slime anda telah selesai dan bolehlah digunakan sebagai bahan mainan.

Imej: dailydot.com

Menggunakan tepung kanji dan minyak goreng

Bahan yang diperlukan ialah air bersih (400 mililiter), tepung kanji (dua gelas), pewarna makanan (dua sudu teh) dan minyak goreng (150 mililiter).

Masukkan tepung kanji ke dalam bekas, tambahkan sedikit air sambil diadun menggunakan sudu atau alat lain supaya tidak menggumpal atau terlalu melekit.

Tambahkan minyak goreng dan adun sehingga sifatnya kenyal. Kemudian, tambahkan pewarna ke dalam adunan itu.

Setelah itu, slime berkenaan boleh digunakan sebagai bahan mainan.

Imej: thewirecutter.com

Bahaya slime

Namun, awas! Mainan slime ada bahayanya. Ini kerana hampir semua bahan yang digunakan untuk membuat slime adalah bahan kimia.

Kebanyakan bahan berkenaan adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh.

Jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa lama, ia boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak dan dewasa juga.

Jadi, berhati-hatilah. Periksa dahulu setiap bahan mainan yang mahu diberikan kepada anak-anak.