Cara Qada Solat Fardhu Beserta Niat & Jadual Sebagai Panduan

qada solat fardhu yang pernah kita tinggal adalah perkara "wajib" yg perlu kita lunaskan.

Qada solat fardhu atau dalam bahasa mudah ialah menggantikan solat-solat waktu yang pernah anda tinggalkan sebelum ini dan disertakan dengan bertaubat kepada Allah  diamana anda tidak akan melakukanya lagi pada masa akan datang adalah perkara wajib yang perlu anda lunaskan sebelum mengadap ilahi.

Berikut adalah Secara Ringkas Cara Melakukannya :

Dimulakan dengan niat, waktu mana yang ada nak diqadakan.

Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah (Dalam Arab) :

1. Solat Maghrib (Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin  qadaan lillahi ta'ala)
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2. Solat Isyak (Usalli fardhas sub-hi rak`ataini qadaan lillahi taala)
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3. Solat Subuh (Usalli fardhaz subhi raka'ataini qadaan lillahi ta'ala)
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

4. Solat Zuhur (Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin  qadaan lillahi ta'ala)
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

5. Solat Asar (Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin qadaan lillahi ta'ala)
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Setiap rakaat adalah mengikut rakaat waktu qada anda, anda boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan anda.

Jadual Qada Solat Fardhu

Jadual Qada Solat Fardhu

Jadual ini adalah sebagai panduan sahaja untuk anda.

Sebagai contoh umur akil baligh anda 7 tahun dan sekarang umur anda 20 tahun bermakna dalam tempoh tersebut 13 tahun sebelum itu anda wajib untuk menunaikan setiap solat fardhu. Dalam 13 tahun tersebut katakan 50% anda solat, lagi 50% anda merasakan anda meninggalkan solat.

Bermakna calculation +- anda perlu ganti sekitar 5waktu x 4735 hari  x 50% =11838 waktu anda wajib ganti. Dalam 11838 anda bahagi kepada lima waktu iaitu maghrib, isyak, subuh, zuhur, asar jadi, setiap waktu diangarkan dalam 2368 kali anda perlu selesaikan.

*Nampak banyak tapi kalau anda konsisten buat insyallah Allah nampak usaha kita, jika dalam tempoh kita tengah menyelesaikan hutang Allah tiba-tiba kita dipanggil mengadapnya atleast kita ada excuse untuk jawab di hadapan Allah nanti daripada tidak melakukan apa-apa tindakan.

Jadual qada solat dalam PDF

Berkaitan Qada Solat Fardhu Yang Ditinggalkan