Catterbox: Alat Penterjemahan Bahasa Kucing Pertama Di Dunia

Sekarang anda boleh faham apa yang kucing cakap

via: temptationslab.com

Meow, satu-satunya bahasa yang digunakan oleh kucing. Sebagai seorang manusia normal, mungkin susah untuk kita faham apa yang cuba disampaikan oleh kucing. Tetapi, tahukah anda setiap bunyi 'Meow' membawa maksud yang berbeza?

Catterbox, alat penterjemahan bahasa kucing kepada suara manusia ini membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Baca: Alat Ini Bakal Selesaikan Masalah Bahasa Anda Setiap Kali Mengembara

Pereka peranti Catterbox telah menganalisa ribuan getaran bunyi yang dihasilkan oleh kucing. Hasil daripada kajian yang dibuat, mereka telah menterjemahkan semula semua bahasa kucing kepada suara manusia dalam alat ini.

Alat yang dipakaikan pada leher kucing ini akan menterjemahkan setiap daripada bunyi 'Meow' kepada suara manusia dalam waktu yang sama. Jadi setiap kali kucing anda mengeow, anda terus boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh kucing.

Memang menakjubkan, bahasa kucing? Tiada masalah.

Maklumat lanjut: The Temptations Lab

Catterbox

via: temptationslab.com

via: temptationslab.com

via: temptationslab.com

via: temptationslab.com

via: temptationslab.com

via: temptationslab.com