7 Ciri-Ciri Tamadun Manusia Dunia (Sejarah)

Tamadun merujuk kepada tergambarnya sesuatu masyarakat pada zaman tersebut dengan kemanjuan kebendaan, jesteru itu apakah ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan tamadun?

roseb1537.blogspot.com

Ilmu Ketamadunan sangat penting untuk kita pelajari untuk memupuk semangat persefahaman yang tulen dan sikap hormat menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama,kaum dan budaya. Justeru itu, kita dapat berfikir dengan luas dan berpandangan global disamping menghayati nilai-nilai murni yang sejagat. 

Sehubungan dengan itu, dikongsikan pengertian tentang Tamadun dan ciri-cirinya yang wajib kita ketahui secara ringkas supaya kita dapat menggunakan sebagai rujukan untuk mempertingkatkan kehidupan kita pada masa hadapan. 

Takrifan Tamadun

Tamadun sering digunakan untuk penggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. 

Dari sudut perspektif semasa:

Tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tertinggi dalam sains dan teknologi segaris dengan pencapaiannya di Tamadun Barat pada masa kini.

Dari sudut estimologi:

Tamadun berasal dari perkataan maddana dalam bahasa Arab yang merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka Bandar atau kota sertaperbuatan memperhaluskan budi pekerti. 

Daripada perkataan maddana, diterbitkan perkataan madani yang merupakan kata sifat. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembagunan perbandaharaan serta kehalusan budi perkerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan ini sebenarnya berasal dari perkataan deen yang membawa maksud agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Ciri-Ciri Asas Tamadun

Setiap tamadun mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti Tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya dan tamadun Islam yang mashyur dengan kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi .Meskipun terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun-tamadun yang berbeza, ke semua tamadun mempunyai ciri-ciri asas yang berikut:

1. Wujud penempatan masyarakat manusia di sebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar,kepolisan atau madinah.

2. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.

3. Kewujudan system organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan yang sempurna dan teratur

4. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman ,penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

5. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

6. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.

7. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

Rujukan:

1. Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah, Hashim Hj.Musa & Mohd Zuhri Marsuki (2001).Pengenalan Ilmu Ketamdunan:Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.