5 Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Sejarah Tingkatan 4

Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal dunia di mana undang - undang dan cara kehidupan pada tamadun ini masih digunakan pada alaf baru ini.

Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai. Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah keTeluk Parsi.  

Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya,dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

Lokasi Tamadun Mesopotamia (kredit: Geograficamente - WordPress.com)

Tamadun Manusia ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M. Pada sekitar tahun 3500 S.M, wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. 

Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M..

Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah

Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia. 

Terdapat lima ciri-ciri tamadun Mesopotamia. Antara ialah:

Gambaran negara kota (caleberobson.blogspot.com)

1. Negara Kota

- Setiap negara kota yang wujud di sepanjang sungai mempunyai pusat kota, tembok kota,luar kota, perlabuhan dan kubu pertahanan yg mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu mengikut ciri fizikal yang tersendiri.

- Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat.

2. Organisasi sosial :

-  Merupakan salah satu ciri masyarakat bertamadun yang dapat dikesan dalam semua tamadun sejak Zaman Neolitik

-  Merujuk kepada lapisan-lapisan sosial berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup,pekerjaan dan sebagainya

-  Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .

-  Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .

-  Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) .

-  Organisasi dapat membantu menyelesaikan masalah manusia atau masyarakat seperti pergaduhan atau merebut tempat tinggal.

3. Sistem Pemerintahan

- Berbentuk teokrasi

- Raja dianggap sebagai tuhan/wakil tuhan/pemilik kota

- Raja Naramsin (Akkad) menyuruh penduduk menyembahnya

- Raja Naramsin menggelarkan diri sebagai “RajaEmpat Penjuru Alam

- Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta

- Raja & ahli keluarga raja memegang jawatan di Zigurat

- Zigurat adalah pusat ibadat, pusat perdagangan, pusat penyimpanan khazanah negara

Zigurat (whysejarah.blogspot.com)

4. Pengkhususan kerja

-  Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .

-  Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .

-  Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .

-  Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .

-  Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasilpertanian mereka .

- Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .

-  Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .

Contoh tulisan cuneiform (Mrs. Quiel's Classroom)

5. Sistem Tulisan

- Ia bermula dalam bentuk gambar.

- Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .

- Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform.

Rujukan :

1.     Sejarahpcghs

2.     Mte3012-Filexbilongjalong

3.     Kotasejarah

4.     Prezi.com

5.     Shelynooishiyansej