Doa Selepas Solat, Panduan Beserta Maksudnya

Doa selepas solat berserta panduan dan maksudnya untuk anda amalkan pada setiap solat fardhu mahupun sunat.

Penulis sengaja turut mencatatkan ejaan dalam Rumi, Namun, sebutan Rumi tidak muktamad atau tidak semestinya betul. Ia sekadar panduan, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah membaca Jawi.

Bacaan yang tepat dan muktamad ialah seperti di dalam versi Jawi. Dapatkan panduan lebih lanjut dengan berguru kepada mursyid.

Doa Selepas Solat, doa adalah ibadat, termasuklah doa selepas solat. Ia bukan sahaja sebahagian daripada ikhtiar, malah melambangkan kerendahan hati sebagai seorang hamba kepada Allah taala.

Berikut ialah doa lazim yang diamalkan selepas solat berserta maksud.

Doa selepas solat tidak semestinya seperti yang dipaparkan ini. Ada pelbagai doa lain, termasuklah yang disusun secara khusus oleh ulama terdahulu.

Doa Selepas Solat (Sebutan Arab)

Doa Selepas Solat (Sebutan Arab)

Sebutan Rumi

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Wassalatu wassalamu ‘ala Saidina Muhammadin asrafi mursalin,

Wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in,

Allahumma ahyiina bil iman, wa 'amitnaa bill-iiman, waad khilna jannata maal iiman,

Allahumma firhlana zunubana waliwaa lidiinaa warham humaa kama Rab-bayanaa sakhiraa,

Allahummaah timlana bi'khusnil khatimah wala tahtim alaina bisuu iil' khatimah Rab-bana laa tuziq qulubana baqda iizhadaitana wahab lana min ladunkha-rahmah in'naka antal wahab,

Rabbana a'tina fiddun yaa hasanah, wafil a'-khiratil hasanah, waqinaa azabannar,

Wasallallah hu ala Saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasabihi wassalam, Walhamdulillah hirabbil a'l-amiin.

Maksud

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir semesta alam. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan Nabi Muhammad semulia-mulia pesuruhNya serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat baginda.

Ya Allah ya Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman serta masukkan kami ke dalam syurga dengan iman.

Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa dan kesalahan kami serta dosa-dosa dan kesalahan kedua-dua ibubapa kami, serta kesihanilah kedua-dua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau berikan kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sekalian sahabat baginda.

Dan segala puji itu hanya bagiMu Ya  Allah, Tuhan pentadbir semesta alam.

Berdoalah bukan sahaja dengan lisan, malah hati yang fokus serta khusyuk mendambakan perkenan Allah swt atas apa juga permohonan.

REAKSI ANDA?