Edo Cardboard - Bina Apa Sahaja Dengan Kadbod Lego Ini

Kadbod lego ini mudah digunakan, kuat dan menyeronokkan.

Permainan LEGO sangat popular dikalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dengan LEGO, anda boleh membina apa sahaja yang anda mahu bergantung kepada kreativiti tersendiri.

Kepinggan LEGO bisanya diperbuat daripada plastik keras, ini mungkin agak membahayakan walaupun banyak juga pembaharuan yang dibuat oleh pihak LEGO sendiri diatas faktor keselamatan.

Tetapi dengan Edo Cardboard, anda tidak perlu risau lagi. Inovasi LEGO terbaru diperbuat daripada kotak ini pastinya selamat digunakan. Lebih seronok, anda boleh membina apa sahaja dengannya. 

Saiznya yang besar memudahkan anda untuk melakukan proses binaan, selain itu ia juga sangat kukuh dan kuat. Anda juga bebas mewarnakannya mengikut citarasa tersendiri.

Lihat video diatas untuk ketahui lebih lanjut tentang Edo Cardboard yang menyeronokkan ini. Sekarang masa untuk bermain!

Baca juga: Menara 'Eiffel Tower' Diperbuat Daripada Kepingan Lego Setinggi 7 kaki

Maklumat lanjut: Edo Cardboard