'Faces Of Fox' Bukti Setiap Musang Mempunyai Personaliti Yang Berbeza

Haiwan juga sama seperti manusia, ada yang kelakar, garang dan manja!

Musang merupakan haiwan dari kelompok mamalia pemangsa. Musang juga dikenali sebagai haiwan malam dan juga pemanjat yang baik. Cerita tentang musang, anda mungkin menganggap haiwan ini haiwan liar dan ganas bukan?

Tapi nanti dulu, tahukah anda setiap musang juga mempunyai personaliti yang berbeza? Sama seperti manusia, ada yang kelakar, serius, garang atau manja. Sudah pasti! Jurugambar ini telah membuktikannya.

Roeselien Raimond, jurugambar jelita ini telah mengambil beberapa keping gambar musang yang berbeza. Ternyata setiap musang itu mempunyai perwatakkannya yang tersendiri. Gambar-gambar musang dengan personaliti menarik ini telah dimuatkan di laman 500px didalam siri 'Faces Of Fox'

Baca: 10+ Haiwan Buktikan Betapa Rumitnya Tugas Menjadi Ibu

Tidak kira walau garang macam mana pun musang-musang ini, di mata kami mereka tetap nampak comel!

Sumber: Roeselien Raimond