Fathom One - Dron ini Tidak Boleh Terbang Tetapi Boleh Menyelam

Dron ini membolehkan anda mengembara di dasar laut tanpa membuatkan anda basah

Kini anda boleh menghantar dron ke lautan untuk mengembara dan juga merakam video dengan kos yang rendah.

Fathom One boleh menyelam sejauh 150 kaki dengan kelajuan maksimum 5 km/j. Ia dikawal menggunakan alat kawalan jauh membolehkannya mengembara sambil membuat penggambaran dasar laut yang unik dan menarik.  

Pengguna juga boleh menambah fungsi lain seperti GoPro ataupun lampu tambahan. Baterinya pula mampu bertahan selama 45 minit sahaja.

 

Anda juga boleh mengawalnya secara terus di telefon bimbit anda dengan keupayaan WIFI dalam lingkungan 30 meter. Kalau habis bateri pun, anda masih boleh tarik wayar yang ada tu.

Walaubagaimanapun, Fathom One masih belum boleh dibeli lagi. Ia sedang hangat diperkatakan di  Kickstarter sejak 30 Ogos lepas dan akan dijangka dijual sekitar harga USD600 atau RM2,500.

Source: Fathom

Lihat aksi Fathom One: