Idea Jual Cecair Busuk Jadikan Lelaki Ini Kaya

Ini mungkin idea paling teruk, tapi tak semestinya perkara yang teruk itu langsung tak berguna bukan?

via: odditycentral.com

Whitman dan Andrew Masters, pasangan kaya raya dengan hanya menjual cecair busuk! Cecair busuk yang dipanggil 'Liquid Ass' ini mampu menghasilkan bau yang sangat busuk.

Kisahnya bermula ketika Whitman berada di sekolah. Suatu hari, ibunya memberi satu kit chemistry  dan dia mengexploitasi bahan-bahan yang terdapat di dalam kit tersebut untuk mencipta satu kobinasi bau longkang, kentut dan bangkai haiwan.

Pada awalnya, dia menggunakan cecair busuk itu untuk mengenakan seorang guru Bahasa Inggeris. Pada waktu itu dia mula sedar bahawa dia memiliki satu senjata yang sangat berkuasa.

Sepuluh tahun kemudian, dia mengeluarkan kembali senjata lamanya untuk mengenakan syarikat tempat dia bekerja. Mempunyai masalah dengan pihak pengurusan, ini masa untuk Whitman membalas dendam.

Pada waktu itu jugalah dia mengenali Andrew Masters, rakan kerjanya yang juga tidak berpuas hati dengan majikan. Mereka menyembur sedikit Liquid Ass berdekatan mikrowave dan menunggu bau itu mula mengganas.

Seluruh kawasan berbau busuk, namun tiada siapa pun dapat mengesan dari mana datangnya bau teruk itu. Pelbagai cara dilakukan termasuk membuang mikrowave, menukar karpet dan banyak lagi. Semuanya tidak berhasil.

Baca: CEO Tertidur Di Tempat Kerja. Kemudian, Pekerjanya Cuba Membuat Sesuatu Yang Kelakar

Mereka kemudian bersepakat untuk berhenti kerja dan mula berfikir untuk memasarkan produk busuk itu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Masing-masing mula melabur sebanyak $18,000 sebagai pendahuluan.

Mendapat tentangan dan dipanggil gila dari keluarga, 2 tahun kemudian mereka membuktikan idea gila itu adalah kejayaan besar mereka. Orang ramai mula mencari Liquid Ass untuk pelbagai jenis prank termasuk membalas dendam.

Kerana mempunyai pelbagai guna, mereka menjenamakan semula Liquid Ass kepada BARTFume, Tex-Ass, Fake Dog Poop dan Bad Karma, tetapi pada hakikatnya ia adalah produk yang sama.

Apa yang kita dapat belajar melalui kisah ini ialah jangan cepat memperlekehkan idea orang lain walaupun nampak teruk. Mungkin suatu hari boleh jadi baik untuk dia dan teruk untuk anda. Hahaha. 

via: odditycentral.com

via: odditycentral.com

Lihat betapa dahsyatnya bau benda ini

Bau apa ni?

Bau apa ni?

Sumber: The Story Of Liquid Ass