Lelaki Ini Tunjukkan Cara Paling Mudah Dan Kreatif Untuk Cetak T-Shirt Sendiri

Tidak perlu kemahiran dan kepakaran khas mencetak, lelaki ini tunjukkan bagaimana anda boleh cetak t-shirt sendiri

Kaedah cetakan saring (silkscreen printing) merupakan teknik yang paling popular digunakan dalam mencetak tshirt, teknik ini sudah digunakan sejak dahulu lagi. Jika anda berminat untuk cuba menghasilkan t-shirt sendiri, ada banyak alternatif lain yang boleh dilakukan selain dari menggunakan teknik cetakan saring.

Apa yang anda perlukan hanyalah beberapa peralatan asas seperti cat fabrik, penggelek cat, dan juga tshirt! Caranya sangat mudah, apa yang anda perlu lakukan hanyalah tiru sahaja idea bagaimana cara lelaki ini mencetak t-shirtnya sendiri.

Raubdruckerin atau popular dengan gelaran Pirate Printers menggunakan sebaik mungkin objek yang ada disekelilingnya untuk digunakan sebagai lakaran dalam cetakan t-shirtnya.

Menyapu cat pada objek yang dimahukan seperti penutup lubang di jalan, dia kemudian menekapnya  diatas sehelai tshirt. Mudahkan? Sekarang anda sudah berjaya cetak tshirt anda sendiri.

Selain daripada t-shirt, dia juga menggunakan teknik yang sama untuk mencetak hoodies, beg gym, dan tote beg. Yang paling menarik dia juga menghasilkan pendapatan dengan cara ini dengan menjualnya di laman web www.raubdruckerin.de

Sekarang bukan sahaja anda boleh mencetak t-shirt sendiri, malah ia juga boleh menjadi sumber pendapatan.

Maklumat lanjut: Raudbdruckerin

Share² lah yerr..

Leave a Comment