Idea Perniagaan Dari Rumah

Berniaga dari rumah merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan tanpa perlu keluar ke pejabat mahupun berjumpa dengan klien secara bersemuka..

1. Bisnes Dropship

Dropship merupakan perniagaan yang sangat popular pada hari ini dimana
ramai yang telah berjaya meraih pendapatan dari 3 angka ke 5 angka sebulan dengan hanya menjual produk orang lain tanpa memegang sendiri produk.

Walaupun ramai yang melakukan perniagaan dropship dari rumah, tapi anda
perlukan guide dan bimbingan untuk berjaya dengan perniagaan dropship di Malaysia atau di pasaran antarabangsa.

Bisnes Secara Affiliate

Affiliate juga adalah salah satu peluang untuk berniaga di rumah.  Affiliate menerima komisyen berdasarkan jualan yang dibuat. Komisyen ini biasanya telah ditetapkan oleh pemilik produk.  Terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai sama ada affiliate produk fizikal ataupun affiliate produk digital seperti ebook. Untuk pengetahuan anda affiliate marketing di Malaysia lebih menonjol kepada produk Digital dimana kebanyakan owner produk menawarkan sehingga 50% komisen untuk 1 unit yang terjual melalui link affiliate anda.

Bisnes Borong Barang Dari Luar Negara

Ini sebenarnya lubuk bisnes yang ramai belum dedahkan kepada umum dimana kebanyakan produk yang terdapat di pasaran Malaysia kebanyakannya merupakan import dari China. Kebanyakan seller yang menjual produk dari China selalu mendapat produk yang rare dan unik. Pelbagai jenis barangan dari China anda boleh dapat dengan harga borong dan sangat-sangat murah.

Anda boleh jual dengan mudah sekiranya tiada pesaing yang ramai. Ini merupakan idea perniagaan dari rumah yang sangat famous dan ramai meniaga barang dari China secara underground. Part yang paling mencabar dalam bisnes ni adalah susah untuk research mana produk hot yang bakal mendapat permintaan tinggi di Market Malaysia atau antarabangsa nanti.

Untuk mendapatkan produk yang laku keras anda perlu mahir melakukan research dan validate produk samada mempunyai permintaan dalam pasaran Malaysia atau antarabangsa.

Bisnes Servis

Sebenarnya peluang dizaman moden ini sangat luas dan banyak anda boleh ceburi. Zaman sekarang ramai yang menjalankan dan menawarkan servis berdasarkan kemahiran yang ada di pasaran luar sebagai contoh anda boleh lihat di laman sesawang Freelancer.com dan juga Upwork.com ramai dari Malaysia yang sertai dalam platform ni untuk mendapatkan job yang dibayar secara USD. Bukan sahaja dari US malah mereka-mereka dari negara-negara lain yang berdaftar di web ini menyediakan job yang mahal dibayar terus ke akaun Paypal anda.