Rekaan Interior Dalaman Kontemporari Dengan Unsur Budaya Jepun

Inspirasi dan idea rekaan dalaman kontemporari dengan campuran unsur budaya klasik Jepun

Tidak dinafikan, rekaan dalaman rumah-rumah di Jepun sungguh cantik! Tampak ringkas dan bersih. Rekaan sebegini sudah wujud sejak dahulu lagi. Konsep tradisional yang sentiasa menjadi pilihan.

Untuk anda yang berminat dengan konsep tradisional Jepun tetapi dalam masa yang sama mahukan sentuhan kontemporari, ini adalah di antara contoh terbaik untuk dilihat.

Pengunaan unsur kayu dengan jumlah perabot yang minima merupakan salah satu faktor utama dalam rekaan asas. Lihat contoh seperti gambar di bawah.