'Japanese bullet train' Keretapi Dan Galeri Seni

Ini bukan pengangkutan awan yang awesome pertama direka oleh Jepun.

Sebut sahaja Jepun, kami sudah dapat bayangkan bagaimana operasi teknologi pada pengangkutan dalam  negara mereka. Pasti semuanya hebat-hebat belaka.

Di Jepun, ada sebuah keretapi laju yang digelar sebagai Japanese bullet train atau lebih tepat The Genbi Shinkansan. Keretapi ini mampu bergerak selaju 210 km sejam! Dan yang paling menarik, keretapi ini bukan sekadar keretapi biasa malah dilengkapi dengan rekaan dalaman yang sangat cantik dan moden.

Selain daripada itu, di dalam keretapi ini turut memaparkan lukisan-lukisan dan karya-karya seni. Boleh dikatakan, ia sebuah keretapi geleri seni. Boleh memuatkan sehingga 170 orang penumpang dengan tawaran harga tiket serendah $40 sahaja.

Lebih mengujakan, setiap perjalanan dari destinasi ke destinasi mengambil masa kurang dari 1 jam sahaja. Wow!

Maklumat lanjut: Genbi Shinkansan