Jawatan Kosong Kastam Diraja Malaysia 2019 – Penguasa Gred WK41

Permohonan jawatan di kastam diraja malaysia bagi tahun 2019 melalui laman SPA terkini

Jawatan Kosong Penguasa Kastam dengan GRED WK41 Mac 2019 terkini, adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakkan bagi mengisi kekosongan jawatan  yang terdapat di Jabatan Kastam Diraja MalaysiaIni.

Terdapat 230 Jawatan diperuntukan untuk sesi pengambilan kali ini,dimana 80 darinya untuk diisi kekosongan dengan segera dan 150 akan dijadikan sebagai calon simpanan

* Penguasa Kastam Gred WK41

– 80 Kekosongan

– 150 Simpanan

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki ijazah dalam 14 bidang yang disenaraikan dibawah ini.

* Ijazah Bidang Keutamaan :

1) Undang-undang

2) Perakaunan

3) Kewangan

4) Perniagaan

5) Ekonomi

6) Pemasaran

7) Sains Komputer

8) Sains

9) Kejuruteraan (Kimia/ Makanikal)

10) Perbankan

11) Matematik

12) Hubungan Antarabangsa

13) Statistik

14) Percukaian

*Penting untuk anda ambil maklum, sila buat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan yang ditunjukkan ini.

TARIKH TUTUP :3 MAC 2019 (Ahad) 11.59 MALAM

LOKASI : Seluruh Malaysia

SEKTOR : Kerajaan

Iklan Jawatan Kastam 2019 SPA

Iklan Jawatan Kastam 2019 SPA

*Dibawah ini adalah serba sediki info berkaitan jawatan yang bakal diisi nanti, semua informasi ini adalah dari petikan di laman sesawang SPA.

PENGUASA KASTAM GRED WK41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan KastamDiraja Malaysia

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM2,094.00

Gaji Maksimum : RM9,585.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

(c) Syarat kelayakan

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau

(iv) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf olehKerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau

(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dari pada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnyaGred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastamadalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas;dan

(b) Had umur pelantikan:

• Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

• Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;atau

• Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tentang Tugasan Bagi Jawatan INI :

•Memperjeniskan barang-barang mengikuttarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan,memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

•Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

•Mengaudit akaun syarikat-syarikatyang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

•Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

CARA-CARA UNTUK MEMOHON :

Calon yang berminat dan berkelayakkan dari segi akademik dan syarat yang ditunjukkan diatas bolehah membuat permohonan ONLINE di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Individu yang berminat sertaberkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online pada laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (spa.gov.my) ini. Atau teru ke spa8i di sini (putra2.spa.gov.my)

Calon yang baru anda perlulah mendaftarkan diri terlebih dahulu bersama laman sesawang SPA dan tambah jawatan tersebut dalamsenarai jawatan anda, bagi calon lama sila pastikan pendaftaran permohonan anda masih dalam tempoh sah laku iaitu setahun dari tarikh pendaftaran.

Share² lah yerr..