Jepun Cipta Kereta Hibrid Dengan Ciri-Ciri Yang Sangat Awesome!

Kereta ini akan bantu selesaikan masalah kesesakkan lalu lintas dalam bandar-bandar utama di Jepun.

Ini bukan produk inovatif pertama yang direka oleh negara maju ini, sebelum ini pun sudah banyak rekaan pintar yang dikeluarkan oleh Jepun.

Baca: Jepun Memperkenalkan Rekabentuk Keretapi Halimunan

Sinonim dengan negara maju seperti ini, Jepun juga tidak terkecuali berhadapan dengan masalah kesesakkan lalu lintas dalam bandar-bandar utama mereka. Apa yang mereka lakukan? Bukan menaikkan kadar tol atau minyak, tetapi mereka cipta alat atau mesin yang bakal menyelesaikan masalah ini.

Kereta adalah suspek utama dalam masalah kesesakan lalu lintas, jadi mereka mencipta satu kereta hibrid sebagai langkah menangani masalah ini. Oh ya, dalam dunia teknologi, hibrid adalah gabungan dua teknologi yang digunakan dalam sesuatu produk.

 Rimono adalah kereta kecil dengan dua tempat duduk menggunakan enjin elektronik, kereta ini mampu bergerak selaju 45 Km sejam. Ukuran panjang kereta ini hanyalah 2.2 meter sahaja, memang pendek bukan?

Yang lebih menarik tentang rekaan kereta ini ialah kulit luar ini diperbuat daripada fabrik, konsep seperti pakaian dimana anda boleh menukar baju pada bila-bila masa. Untuk keluaran kereta ini, mana-mana syarikat dibenarkan untuk mengeluarkan ‘pakaian’ kereta ini mengikut citarasa dan rekabentuk tersendiri. Wah!

Kereta ini dijangka akan mula dikeluarkan pada tahun 2017 nanti.

Leave a Comment