Jurugambar Russia Berjaya Merakam Penggambaran Tupai Yang Comel!

Kadangkala apa yang dilakukan haiwan memang luar jangkaan kita dan ianya sangat comel.

Jurugambar alam semula jadi, Vadim Trunov memang kerap berjaya merakam aksi comel tupai. Namun, ini adalah kali pertama beliau berjaya merakam aksi 2 ekor tupai yang seolah-olah sedang mengambil gambar satu sama lain, membina orang salji dan bermain bola tampar menggunakan kekacang.

Disebalik foto-foto ini, kisah sebenar, tupai-tupai ini kelaparan akibat musim sejuk. Mereka sedang berebut untuk memakan kekacang tersebut.

Lihat foto-foto yang berjaya oleh jurugambar ini.

Lihat lebih banyak hasil kerja dari jurugambar berbakat ini di 500px dan 35photo.

Leave a Comment