Rekaan Katil Air Untuk Rehat Yang Sempurna

Katil ini berikan anda mood seperti terapung di dalam air tanpa perlu basah.

Berehat dan tenangkan fikiran dalam katil air ini berikan pengalaman seolah-olah anda sedang berendam di dalam kolam tanpa perlu basah.

Direka bentuk oleh Starpool dengan kerjasama sebuah syarikat penyelidikan kesihatan otak manusia, Neocogita. katil ini akan memberikan anda ketenangan dan rehat yang sempurna.

Terdapat satu lapisan kering berfungsi sebagai tilam yang sejuk didalamnya, ia melawan tekanan berat badan dan memberikan anda mood seperti sedang terapung didalam air.

Memang cool, musim-musim panas di Malaysia sekarang ni buat kami rasa mahu dapatkan katil ini satu!

Baca juga: Cebu City Zoo Tawar Urutan Ular Sawa Seberat 250 kg

Leave a Comment