Kek Cheese Leleh Kukus Sukatan Cawan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek cheese leleh padu beb, nak try buat sendiri boleh ikuti step dibawah beserta topping sekali

Cara Buat Kek Cheese Leleh

Cara Buat Kek Cheese Leleh

Kek cheese leleh yang boleh buat jualan. Dalam perisa vanilla tetapi ia juga boleh dibuat dengan perasa pandan atau oren. Kek ini dibuat secara kukus dan anda tidak perlu risau tentang setting oven lagi. 

Bahan-Bahan:
– 2 biji telur gread A
– 1 cawan tepung gandum
– *1/2 cawan gula (saya kurangkan)
– *2 sudu susu pekat
– *1sb ovalate
– 2sb susu tepung
– 1sk baking powder
– 1sk soda birkabonat
– *1sk esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
– 1/4 cawan minyak masak

Cara-Cara:
– Adunkan bahan bertanda* hingga putih gebu.
– Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat
– Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
– Last skali letak minyak masak dan gaul sebati
– Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je. Guna loyang 40 minit atau hingga masak.

Topping
– 150g cream cheese
– 1 cawan whipping cream
– 1/2 cawan susu pekat

– Cheddar cheese diparut secukupnya

– Adunkan sampai sebati je. Jangan lama-lama.

– Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. 

– Letak topping sedikit ditengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi. 

– Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. 

– Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan. Senang sahaja.

– Adunan ni ngam untuk loyang saiz 6 sahaja. Loyang besar double kan adunan.

Rujukan Resipi : 

– Aisyah Kenang

Leave a Comment