7 Kerja Yang Boleh Dilakukan Oleh Kumpulan 'Street Fighter' Selain Bertarung!

Kerja sampingan edisi Street Figher

Sebelum ini kami ada post kan artikel berkenaan 19 Pekerjaan Yang Boleh Dilakukan 'Superhero' Selain Menjadi Wira, kali ini kita lihat pula apa pekerjaan yang boleh dilakukan oleh watak-watak didalam permainan 'Street Fighter'.

Normal untuk setiap watak didalam animasi seperti ini mempunyai kuasa atau kelebihan tersendiri, selain dari digunakan untuk bertarung, apa agaknya yang boleh dilakukan kumpulan 'Street Fighter' ini ya?

Jom check it out!

Pemetik Kelapa

Pemetik Kelapa

Chun-li dikenali dengan watak 'kaki pemusnah jentera'. Jentera pun boleh musnah, apa kata suruh dia cuba petik kelapa pula.

Penjual kebab

Penjual kebab

Selain dari boleh memanjangkan kaki dan tangan, Dhalsim juga mempunyai kelebihan mengeluarkan api daripada mulut. Jadi boleh la bekerja sebagai pembantu di kedai kebab. Harap tak terkeluar air liur sekali sudah la ya!

Kedai potong rambut

Kedai potong rambut

Guile boleh jadi pemotong rambut, tapi fesyen rambut sama je semua, FLAT!

Pembekal elektrik

Pembekal elektrik

Blanka, boleh jadi pembekal elektrik. Elok juga ni, zaman-zaman bil elektrik semakin meninggi. Huhu

Kerja-kerja pemecah batu (stone Crusher)

Kerja-kerja pemecah batu (stone Crusher)

Ken dan Ryu, yang ini kerja paling sesuai untuk dia orang.
Abuget!

Kerja-kerja pembinaan bangunan

Kerja-kerja pembinaan bangunan

E.Honda, watak berpakaian sumo dan dikenali dengan mempunyai kepala yang kuat! Nah ini kerja untuk beliau.

Fun fair

Fun fair

Zangief, selain juara gusti, kena tahu Zangief juga seorang pencinta kanak-kanak. Tapi tak tahu kenapa, kami kurang suka dengan watak Zangief ni, sebab dia tak kuat! Hahaha.

Sebut pasal 'Street Fighter' Teringat pula zaman main game tape  sampai plug meletop! Yang ini budak 90 an je tahu.