Unik! Kerusi Berbentuk Seperti Buah

Ini mungkin kerusi yang direka khas untuk anda buat suka makan buah!

Pada artikel yang lepas, ramai yang suka dengan rekaan bantal berbentuk seperti batu ini. Idea yang sungguh bijak.

Baca: 15 Rekabentuk Bantal Yang Unik Dan Kreatif

Rekaan kali ini juga sangat kreatif. Kerusi yang berbentuk seperti buah. Ya, kerusi ini kelihatan seperti buah besar yang telah dipotong, memang comel. Paling menarik kerusi ini bukan sahaja nampak cantik, malah ia turut menjamin keselesaan buat penggunanya.

Ciri-ciri kerusi ini, lembut, ringan, mudah dibawa, boleh dibasuh menggunakan mesin, dan boleh dikempiskan dan juga dilipat. Jadi ia memudahkan untuk anda simpan kerusi ini jika tidak digunakan.

Kerusi ini dikeluarkan dalam 3 corak buah yang berbeza iaitu buah kiwi, oren dan tembikai. Dengan harga 40$ usd, kerusi ini boleh dibeli di laman Firebox.com.

Leave a Comment