Kerusi Goyang, Rekaan Futuristik Diinspirasikan Dari UFO

Kerusi piring terbang

via: itoneoff.com

UFO, kapal angkasa atau dikenali juga dengan nama piring terbang. Sampai sekarang kami sendiri pun masih belum pernah lihat bagaimana rupa sebenar UFO. Setakat ini kami masih lagi bermain dengan imaginasi sendiri.

Sebuah syarikat kreatif di Itali IT ONE OFF, mengeluarkan rekaan kerusi yang sangat menyeronokkan. Rekabentuk kerusi ini diinspirasikan dari UFO dan yang paling menarik, kerusi ini boleh digoyangkan. Ia seolah-olah seperti anda terbang di angkasa.

Kerusi masa hadapan sesuai untuk generasi moden zaman sekarang. Selain daripada rekabentuk dan fungsi yang menarik, kerusi ini juga sangat selamat digunakan. Kerusi ini dilengkapi dengan struktur yang kuat dimana ia tidak akan terbalik walaupun digoyang dengan kuat.

Tempat duduk kerusi ini juga sangat selesa, ia dibalut dengan kulit khas berkualiti tinggi dan tahan lasak. Santai habis!

Maklumat lanjut: IT ONE OFF

via: itoneoff.com

via: itoneoff.com

via: itoneoff.com

via: itoneoff.com