Konsep Terbuka Pada Rekabentuk Rumah Tropika Ini Sungguh Unik

Biasa kita lihat rumah dilindungi dinding, tapi lain pula dengan rekabentuk rumah tropika ini ia hampir mendedahkan kesemuanya.

Rumah tropika ini terletak di Puntarenas, Costa Rica. Rekabentuk oleh Benjamin Garcia Saxe, lokasi rumah ini berhampiran di antara hutan dan pantai. Rumah ini menggunakan konsep terbuka dalam rekabentuknya. Rumah ini kelihatan seperti mendedahkan hampir sepenuhnya sehingga anda boleh melihat terus bahagian dalam dari luar.

Mungkin tidak terlalu privasi, tetapi ini adalah idea dan rekaan yang cukup unik. Dinding rumah ini diperbuat daripada kayu khas dan boleh dilaraskan untuk buka atau tutup.

Lihat gambar dibawah untuk gambaran yang lebih terperinci.