Kostum Gagak Rekaan Juruanimasi Ini Memang Sungguh 'Rare'

Kostum gagak ini nampak sangat jahat, sesuai dengan tema permainan video ini.

Terserempak dengan gagak ini mungkin mimpi ngeri buat kanak-kanak. Mana tidaknya,burung hitam berkilat yang besar ini nampak begitu menakutkan. Ini merupakan kostum burung gagak yang sangat fantastik.

Direka oleh Rah-Bop, dia merupakan seorang juruanimasi dan pengaturcara permainan video yang profesional. Dia mendapat ilham menghasilkan kostum gagak ini melalui permainan video D&D (Dungeons & Dragons) iaitu watak  Rue.

Baca: Polis Ceriakan Kanak-Kanak Di Hospital Dengan Memakai Kostum Superhero

Kostum gagak hasil kraf tangan yang cukup mengagumkan, siapa sahaja pasti terpersona dengan rekaan realistik kostum ini. Watak manusia berupa binatang ini nampak betul-betul hidup!

Kami harap burung gagak ini hanya makan tembikan dan laici bukan orang!

Maklumat lanjut: Tumblr